Sukacita untuk Semua MusimSampel

Joy For All Seasons

HARI 27 DARIPADA 30

Pernahkah anda tertanya-tanya mengapa Allah membenarkan orang yang sukar dalam kehidupan anda?

Orang yang sukar dan mengecewakan meluru masuk ke dalam dunia saya yang aman dan mengganggu kestabilan saya dengan ketidakstabilan mereka!

Mengapa saya tidak boleh menemui Pollyanna, Santa Claus, dan Mother Theresa dalam perjalanan hidup saya? Mengapakah kehidupan saya kelihatan dipenuhi Grinch, Barney Fife, dan seorang dua saudara perempuan tiri yang teruk?!

Allah kerap menempatkan orang yang sukar dalam hidup saya bukan untuk menampakkan diri saya yang paling dahsyat … tetapi untuk menampakkan diri saya yang terbaik!

Barangkali sebab Tuhan membenarkan kehidupan kami untuk bertembung dengan orang yang sukar bukanlah untuk menampakkan "sifat mementingkan diri" dalam kami … tetapi untuk menampakkan Yesus dalam kami.

Allah mencabar saya untuk mengasihi orang yang tidak mudah dikasihi … untuk menjaga orang yang meludahi mata saya … dan untuk bercakap baik terhadap seseorang yang telah merosakkan reputasi saya melalui gosipnya. Allah mengasihi saya apabila saya mengalami keadaan yang paling teruk – dan Dia memanggil saya dalam setiap situasi dan dalam setiap hubungan untuk menjadi seperti-Nya.

"Kerana kamu anak-anak Allah yang dikasihi-Nya, kamu mesti berusaha mengikut teladan-Nya. Hidup kamu harus dijiwai oleh kasih, sebagaimana Kristus mengasihi kita. Dia mengorbankan nyawa-Nya bagi kita, sebagai suatu persembahan yang harum dan korban yang menyenangkan hati Allah." (Efesus 5:1 & 2)

Apabila anda berjalan dalam kasih dan memilih untuk bersikap baik hati dan bukannya buat perangai emosi, anda sebenarnya mengatakan, "Saya akan berkelakuan seperti Bapa saya! Saya memiliki gen keluarga yang membolehkan saya untuk mengasihi orang yang sukar!"

Apabila kami memberikan respons dengan kasih yang tulus ikhlas terhadap disfungsi orang lain, saya rasa Allah, Bapa, senyum dari syurga dan mengatakan dengan bangga, "Lihatlah anak-Ku yang baik! Dia bertindak seperti Aku!"

"Tetapi sekarang Aku berkata kepada kamu: Kasihilah musuh kamu dan berdoalah bagi orang yang menganiaya kamu." (Matius 5:44)

Allah telah mengutus Anak-Nya, Yesus, ke dunia ini kerana kami ialah orang sukar yang memerlukan pengampunan dan kasih. Jangan benarkan orang yang sukar mengganggu emosi anda atau mencuri kedamaian dan sukacita anda. Namun, benarkan mereka untuk menampakkan kemiripan keluarga anda … kerana … anda kelihatan seperti Bapa anda!

Fikiran Gembira untuk Dipertimbangkan: Senaraikan orang yang sukar dalam hidup anda. Sekarang, berdoalah untuk mereka dan meminta Allah untuk menolong anda untuk mengasihi mereka sebagaimana Dia mengasihi mereka!
Hari 26Hari 28

Perihal Pelan

Joy For All Seasons

Pernahkah anda tertanya-tanya, "Adakah seseorang itu boleh mengalami sukacita dalam semua musim kehidupan?" Carol McLeod mempercayai bahawa Allah mempunyai sukacita yang besar untuk anda yang dapat dicapai oleh anda. Dalam renungan ini, anda akan mengetahui bagaimana mempercayai Allah apabila kehidupan anda adalah tidak adil, bagaimana merenung ayat Alkitab yang mengubah pemikiran anda dan bagaimana menukar kekecewaan kepada hati yang bersukacita di tengah-tengah ketidakpastian.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Carol McLeod dan Just Joy Ministries kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: www.carolmcleodministries.com