Sukacita untuk Semua MusimSampel

Joy For All Seasons

HARI 28 DARIPADA 30

Perkara-perkara kecillah yang menjadikan hidup ini indah, bukan?!

Sering kali, dalam hidup saya, saya membuat kesilapan hidup demi waktu yang besar … untuk hari kenaikan pangkat yang sangat menggembirakan, bonus dan perayaan, apabila, sebenarnya, peristiwa yang besar tersebut bukanlah intisari kehidupan.

Walau bagaimanapun, disebabkan perkara sebenar kehidupan adalah sedekat dan sebaik nyanyian pagi burung di luar tingkap dapur saya … anak perempuan yang menemani saya untuk larian harian … dan kekayaan membaca buku renungan yang digemari ... saya mendapati hidup saya ialah tempat simpan segala sesuatu yang baik dan substantif.

"Janganlah hidup kamu dikuasai oleh cinta akan wang. Hendaklah kamu puas hati dengan apa yang kamu miliki. Allah sudah berfirman, 'Aku tidak akan membiarkan kamu; Aku tidak akan meninggalkan kamu.'” (Ibrani 13:5)

Paulus mengingatkan kami … dalam setiap generasi … untuk mempelajari kepuasan hati yang tidak ditemui dalam pencapaian tetapi dalam rasa kekitaan. Kepuasan ialah kelakuan dipelajari dan bukan reaksi sentak lutut terhadap hidup. Kepuasan memerlukan pemilihan … mendengar … pemprosesan … dan penyerahan diri terhadap mukjizat hari biasa.

"… Aku sudah belajar berpuas hati walaupun aku hanya memiliki sedikit." (Filipi 4:11)

Barangkali hidup dalam hari yang biasa yang tidak melibatkan apa-apa hal yang menggemparkan ialah sebenarnya segala sesuatu yang benar-benar bermakna dan luar biasa.

Kemuliaan kehidupan ditemui dalam waktu yang biasa. Kekayaan hidup yang dijalankan dengan baik tidak diperoleh dalam penerimaan tetapi dalam pemberian. Inti segala sesuatu yang baik dan kaya serta bermakna ditemui dalam ribuan hadiah biasa yang mudah diketepikan jika tidak berhati-hati.

Daripada mencari emas di hujung pelangi … nikmatilah pelangi itu.

Daripada merindukan langkah pertama bayi anda … nikmatilah dakapannya untuk sehari lagi.

Daripada menekankan kepentingan kehidupan berdasarkan prestasi … berpuas hati dengan persekutuan orang yang paling dikasihi dan paling rapat.

Kerana perkara tersebut merupakan aspek yang betul-betul penting bagi hidup!

Fikiran Gembira untuk Dipertimbangkan: Apakah maksud perkataan "kepuasan" kepada anda?
Hari 27Hari 29

Perihal Pelan

Joy For All Seasons

Pernahkah anda tertanya-tanya, "Adakah seseorang itu boleh mengalami sukacita dalam semua musim kehidupan?" Carol McLeod mempercayai bahawa Allah mempunyai sukacita yang besar untuk anda yang dapat dicapai oleh anda. Dalam renungan ini, anda akan mengetahui bagaimana mempercayai Allah apabila kehidupan anda adalah tidak adil, bagaimana merenung ayat Alkitab yang mengubah pemikiran anda dan bagaimana menukar kekecewaan kepada hati yang bersukacita di tengah-tengah ketidakpastian.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Carol McLeod dan Just Joy Ministries kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: www.carolmcleodministries.com