Sukacita untuk Semua MusimSampel
Yosua dan Kaleb. Pemimpin. Pahlawan. Orang yang taat. Orang yang menggerakkan gunung.
Siapakah orang purba yang bernama Yosua dan Kaleb ini?
Yosua dan kawannya, Kaleb, telah diutus ke Tanah Perjanjian bersama dengan 10 lelaki yang lain untuk mengintip tempat itu. Musa, negarawan dan pemimpin mereka, memberitahu 12 orang yang berani ini untuk melaporkan balik dapatan mereka. Musa ingin mengetahui apa dan siapa yang menduduki tanah yang telah diberikan kepada umat Allah itu.
Sementara 10 teman Yosua dan Kaleb hanya melihat raksasa dan kemustahilan tanah itu … Yosua dan Kaleb melihat kebesaran Allah yang tidak terbatas dan kuasa-Nya yang abadi!
"Kaleb menenangkan hati orang yang bersungut terhadap Musa, dan berkata, 'Kita harus melancarkan serangan dan merebut tanah itu sekarang juga. Kita cukup kuat untuk menaklukkannya.'
Tetapi orang lain yang menjelajahi tanah itu bersama-sama Kaleb berkata, 'Tidak, kita tidak cukup kuat untuk menyerang mereka. Penduduknya lebih kuat daripada kita.'
Oleh itu mereka menyebarkan khabar angin di kalangan orang Israel tentang tanah yang dijelajahi mereka. Mereka berkata, 'Tanah itu tidak dapat mengeluarkan hasil yang cukup bahkan untuk penduduknya pun. Tiap-tiap orang yang kami nampak sangat tinggi, dan kami juga nampak raksasa … Kami merasa kecil seperti belalang dan pasti begitulah anggapan mereka terhadap kami.'” (Bilangan 13:30-33)
Sepuluh orang itu yang berjalan berdasarkan apa yang dapat dilihat dan bukan berdasarkan kepercayaan kepada Kristus hanya melihat kelemahan dan kekurangan diri.
Orang behemot yang dilihat oleh Yosua dan Kaleb tidak menakutkan mereka. Mereka lebih tertumpu pada Allah dan kagum akan Dia yang mereka pilih untuk layani.
Kami mempunyai pilihan untuk menawan kawasan yang baru untuk Kerajaan Allah. Adakah kami akan berjalan berdasarkan apa yang dapat dilihat atau berdasarkan kepercayaan kepada Kristus?
Adakah raksasa di kawasan musuh menentukan persepsi kami tentang siapa yang akan menang? Pandangan batu kami pada kuasa Allah mesti menentukan keberanian kami dan iman tegas kami.
Yosua sedar bahawa raksasa tanah itu ialah mangsa yang mudah bagi umat Allah. Yosua menyatakan, semasa berhadapan dengan kemungkinan kecil,
"TUHAN menyertai kita … janganlah takut." (Bilangan 14:9b)
Fikiran Gembira untuk Dipertimbangkan: Apakah maksudnya berjalan berdasarkan kepercayaan kepada Kristus dan bukan berdasarkan apa yang dapat dilihat?

Kitab
Perihal Pelan
Pernahkah anda tertanya-tanya, "Adakah seseorang itu boleh mengalami sukacita dalam semua musim kehidupan?" Carol McLeod mempercayai bahawa Allah mempunyai sukacita yang besar untuk anda yang dapat dicapai oleh anda. Dalam renungan ini, anda akan mengetahui bagaimana mempercayai Allah apabila kehidupan anda adalah tidak adil, bagaimana merenung ayat Alkitab yang mengubah pemikiran anda dan bagaimana menukar kekecewaan kepada hati yang bersukacita di tengah-tengah ketidakpastian.
More
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Carol McLeod dan Just Joy Ministries kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: www.carolmcleodministries.com