Sukacita untuk Semua MusimSampel

Joy For All Seasons

HARI 25 DARIPADA 30

"Begitu juga Roh Allah datang menolong kita yang lemah ini. Kita tidak tahu bagaimana kita patut berdoa; Roh itu sendiri bermohon kepada Allah dengan erangan yang tidak dapat diutarakan dengan kata-kata. Allah yang mengetahui isi hati manusia, mengerti apa yang dimaksudkan oleh Roh itu, kerana Roh itu bermohon kepada Allah bagi umat-Nya, sesuai dengan kehendak Allah." (Roma 8:26 & 27)

Doa adalah segala sesuatu yang saya miliki. Doa merupakan satu-satunya kuasa dengan potensi untuk membuat perbezaan.

Saya akan menghauskan permaidani di sebelah katil saya dengan tekanan dan desakan lutut pertengahan umur saya yang berazam. Tiada apa-apa akan menggerakkan saya daripada pertempuran yang berlaku pada kedudukan ini.

"Barulah kamu akan berseru kepada-Ku. Kamu akan datang untuk berdoa kepada-Ku, dan Aku akan menjawab doa kamu." (Yeremia 29:12)

Saya akan bangun pada waktu pagi untuk menyembah dalam hati saya dan berdoa dengan mengumat-ngamitkan bibir saya.

Saya akan tidur pada waktu malam dengan keselesaan hari indah yang telah didoakan!

"Itulah sebabnya kami sentiasa mendoakan kamu. Kami berdoa supaya Allah menjadikan kamu layak untuk hidup menurut kehendak-Nya; untuk hal itulah Dia telah memanggil kamu. Semoga Allah dengan kekuasaan-Nya memenuhi segala keinginan kamu untuk berbuat baik, dan menyempurnakan segala usaha yang kamu lakukan, kerana percaya kepada Kristus." (2 Tesalonika 1:11)

Saya akan berdiri beriman dan terus mempercayai perubahan luar biasa terhadap situasi, keadaan, dan peristiwa.

Sementara doa saya mungkin tidak mengubah situasi, saya sedar sekarang ini bahawa doa saya akan mengubah saya.

Semasa saya berdoa, Yesus dimuliakan dalam saya dan saya dimuliakan dalam-Nya.

"Sepatutnya kamu berdoa begini,
‘Ya Bapa kami yang di syurga, Engkaulah Allah yang Esa,
semoga Engkau disembah dan dihormati. Engkaulah Raja kami. Semoga Engkau memerintah di bumi, dan seperti di syurga, kehendak-Mu ditaati.
Berilah kami makanan yang kami perlukan pada hari ini.
Ampunkanlah kesalahan kami, seperti kami mengampuni orang yang bersalah terhadap kami.
Janganlah biarkan kami kehilangan iman ketika dicubai, tetapi selamatkanlah kami daripada kuasa Si Jahat.
[Engkaulah Raja yang berkuasa dan mulia untuk selama-lamanya. Amin.]’" (Matius 6:9-13)

Fikiran Gembira untuk Dipertimbangkan: Apakah maksudnya untuk "mendoakan kehendak Allah"?
Hari 24Hari 26

Perihal Pelan

Joy For All Seasons

Pernahkah anda tertanya-tanya, "Adakah seseorang itu boleh mengalami sukacita dalam semua musim kehidupan?" Carol McLeod mempercayai bahawa Allah mempunyai sukacita yang besar untuk anda yang dapat dicapai oleh anda. Dalam renungan ini, anda akan mengetahui bagaimana mempercayai Allah apabila kehidupan anda adalah tidak adil, bagaimana merenung ayat Alkitab yang mengubah pemikiran anda dan bagaimana menukar kekecewaan kepada hati yang bersukacita di tengah-tengah ketidakpastian.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Carol McLeod dan Just Joy Ministries kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: www.carolmcleodministries.com