Sukacita untuk Semua MusimSampel

Joy For All Seasons

HARI 26 DARIPADA 30

Daud, si penyembah … seorang yang berkenan di hati-Nya … berkongsi kekurangan saya dalam menangani apa-apa yang melanda kehidupan saya dengan baik.

"Dengarlah rayuanku, ya Allah; dengarlah doaku.
Dari hujung bumi aku akan merayu kepada-Mu, ketika hatiku tertekan;
bimbinglah aku ke tempat batuan yang lebih tinggi daripadaku.
Kerana Engkaulah tempat aku bernaung, menara perkasa yang melindungiku daripada musuh.
Aku akan tinggal di khemah suci-Mu selama-lamanya;
aku akan berlindung di bawah naungan sayap-Mu."
(Mazmur 61:1-4)

Walaupun saya tidak tahu apa yang menguasai anda secara khusus, saya boleh meyakinkan anda bahawa jawapan untuk kita berdua adalah sama.

"Dengarlah rayuanku, ya Allah; dengarlah doaku."

Apabila anda rasa dikuasai, terimalah nasihat Daud: perkara pertama yang anda perlu lakukan ialah berseru kepada Allah. Mendekati Allah saya yang amat baik, yang memberikan perhatian penuh dengan penyayang dalam segala jalan-Nya, mengingatkan saya bahawa saya tidak berkuasa.

"Dari hujung bumi aku akan merayu kepada-Mu, ketika hatiku tertekan!"

Tidaklah berdosa untuk berseru kepada Allah apabila anda betul-betul tertekan sepenuhnya.

Sebenarnya, memilih pilihan yang kurang memuaskanlah yang berdosa. Perkara tersebut merupakan gangguan yang mengelirukan dan memiliki semua kuasa penyembuhan pembalut yang kecil selepas pembedahan jantung terbuka.

"Bimbinglah aku ke tempat batuan yang lebih tinggi daripadaku …"

Kami memerlukan Allah untuk membimbing kami. Kelebihan berdiri di batuan yang "lebih tinggi daripadaku" ialah tindakan itu menempatkan saya di atas keadaan saya, oleh itu, saya berupaya melihat daripada perspektif syurga.

"Kerana Engkaulah tempat aku bernaung, menara perkasa yang melindungiku daripada musuh …"

Apabila anda rasa tertekan, mula menyatakan siapa Allah itu. Jangan menumpukan perhatian pada keadaan anda dan tetapkan fikiran, mulut, dan pandangan anda pada Dia yang berupaya menolong anda!

"Aku akan tinggal di khemah suci-Mu selama-lamanya; aku akan berlindung di bawah naungan sayap-Mu."

Tiada tempat yang lebih selamat daripada tetap bersatu dengan-Nya dan dalam-Nya. Hidup yang diberikan oleh-Nya ialah hidup yang merupakan tujuan penciptaan saya!

Fikiran Gembira untuk Dipertimbangkan: Apakah kelebihan menumpukan perhatian pada Allah terhadap hidup anda berbanding menumpukan perhatian pada masalah?
Hari 25Hari 27

Perihal Pelan

Joy For All Seasons

Pernahkah anda tertanya-tanya, "Adakah seseorang itu boleh mengalami sukacita dalam semua musim kehidupan?" Carol McLeod mempercayai bahawa Allah mempunyai sukacita yang besar untuk anda yang dapat dicapai oleh anda. Dalam renungan ini, anda akan mengetahui bagaimana mempercayai Allah apabila kehidupan anda adalah tidak adil, bagaimana merenung ayat Alkitab yang mengubah pemikiran anda dan bagaimana menukar kekecewaan kepada hati yang bersukacita di tengah-tengah ketidakpastian.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Carol McLeod dan Just Joy Ministries kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: www.carolmcleodministries.com