Sukacita untuk Semua MusimSampel
Selama bertahun-tahun, saya ialah orang Kristian yang murung. Saya sangat mengasihi Tuhan dan tahu bahawa saya akan ke syurga apabila saya meninggal dunia. Akan tetapi, saya tidak dapat menemui sukacita hadirat-Nya di dunia ini. Saya rasa terpisah daripada harapan dan kedamaian. Lohong hitam kemurungan ialah teman saya yang tetap dan kawan saya yang dahsyat.
Kemurungan ini timbul daripada pergelutan saya dengan kemandulan. Saya kehilangan 5 bayi yang setiap satunya berada dalam rahim saya antara 12 dan 20 minggu. Setiap kehamilan merupakan suatu mukjizat… dan setiap keguguran ialah kemusnahan yang kencang dan amat menyedihkan.
Hormon saya tidak dapat dikawal… harapan saya hancur… dan tangan saya kosong. Hal yang paling teruk ialah hati saya remuk.
Walaupun saya sudah melahirkan dua orang anak lelaki yang riang, bijak dan cergas, saya sedar saya telah dicipta untuk menjadi ibu kepada lebih banyak anak lagi. Menjadi ibu ialah nasib dan panggilan saya. Mengapakah ia begitu sukar?
Semasa waktu yang mengecewakan dan menakutkan ini, saya ketagih sesuatu. Bukannya ketagihan ubat tanpa preskripsi doktor, bukan juga alkohol, mahupun makan gelojoh.
Ketagihan saya… dadah pilihan saya… memanglah suatu mukjizat. Sementara kemurungan dan bingung kerana harapan yang hancur, doa yang tidak dijawab, dan terpesong kerana tubuh saya, saya ketagih Firman Allah.
Ketika kekelaman itu, Alkitab menjadi sumber sukacita dan cahaya.
Ketika malam panjang yang tidak berharapan, Firman Allah menyatakan janji dan tujuan.
Ketika kehampaan yang berlarutan, Alkitab merupakan suara dorongan dan berkat.
Tangan saya masihlah kosong, tetapi hati saya adalah penuh. Doa saya belum dijawab, tetapi saya jatuh cinta dengan Dia… berulang-kali.
Saya akan menjalani setiap hari murung yang kelam untuk mengenali Yesus sebagaimana saya mengenali-Nya sekarang ini.
Saya akan melalui lurah ketidaksuburan dan kekecewaan sekali lagi untuk menjadi wanita yang penuh sukacita sekarang ini.
Fikiran Gembira untuk Dipertimbangkan: Jika sesungguhnya sukacita ditemui dalam hadirat-Nya, mengapakah banyak orang percaya bergelut untuk kekal di tempat yang dipenuhi sukacita?

Kitab
Perihal Pelan
Pernahkah anda tertanya-tanya, "Adakah seseorang itu boleh mengalami sukacita dalam semua musim kehidupan?" Carol McLeod mempercayai bahawa Allah mempunyai sukacita yang besar untuk anda yang dapat dicapai oleh anda. Dalam renungan ini, anda akan mengetahui bagaimana mempercayai Allah apabila kehidupan anda adalah tidak adil, bagaimana merenung ayat Alkitab yang mengubah pemikiran anda dan bagaimana menukar kekecewaan kepada hati yang bersukacita di tengah-tengah ketidakpastian.
More
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Carol McLeod dan Just Joy Ministries kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: www.carolmcleodministries.com