Sukacita untuk Semua MusimSampel

Joy For All Seasons

HARI 7 DARIPADA 30

Di tengah-tengah muka anda, terletak di antara otak anda dan hati anda, ialah satu lubang yang dipanggil "mulut" anda. Di dalam mulut ialah otot seberat satu paun yang dikenali sebagai "lidah" anda.

Ada sebab bagi lidah anda terletak di antara otak anda dan hati anda. Otak anda dan hati anda memiliki kuasa yang tidak menyenangkan untuk mengawal setiap perkataan yang diucapkan oleh lidah anda.

Lidah anda mungkinlah otot yang paling berkuasa dan paling berpengaruh dalam seluruh tubuh anda … tetapi ia dikawal oleh fikiran anda … dan oleh pilihan emosi anda.

"Jagalah hatimu lebih daripada segalanya, kerana dari situlah terpancar mata air kehidupan." (Amsal 4:23)

Hati saya tidak mahu dijaga tetapi mahu meluahkan dirinya yang teruk kepada semua orang di dunia saya. Alkitab tidak berkata menyatakan hati anda … Alkitab berkata jagalah hati anda.

Kemudian … jika hati saya tidak cukup untuk ditangani … ada lagi otak saya.

"Sebab seperti orang yang membuat perhitungan dalam dirinya sendiri demikianlah ia." (Amsal 23:7)

Saya tidak tahu bagaimana ini mungkin terjadi tetapi memanglah mungkin … jika saya berfikir demikian … maka, itulah yang terjadi.

"Periksalah aku, ya TUHAN, dan ujilah aku, selidiklah keinginanku dan fikiranku." (Mazmur 26:2)

Saya mesti meletakkan kehendak saya pada meja pemeriksaan Doktor yang Agung dan membenarkan Dia untuk menjalankan pembedahan jantung terbuka dan kraniotomi pada saya.

Lidah saya bukanlah masalah saya, tetapi ia merupakan jangkitan yang terhendap-hendap dalam hati saya dan kuman yang melekat pada otak saya.

Doktor yang Agung sahaja berupaya menyembuhkan penyakit yang saya benarkan untuk membarah dalam lingkungan yang paling mendalam dalam diri saya.

Ketika saya disembuhkan, saya menjadi lebih serupa dengan-Nya. Ketika saya disembuhkan, saya mula berfikir seperti Dia … saya mula merasa seperti Dia … saya mula mengucapkan kata-kata yang akan diucapkan oleh lidah-Nya.

Apabila Doktor yang Agung diundang untuk merawat wabak mental dan emosi saya, Dia bukan sahaja menghilangkan jangkitan itu … malah menjadikan saya seperti Dia dengan luar biasa.

Fikiran Gembira untuk Dipertimbangkan: Mengapakah Alkitab mengajar, "Kata-kata yang diucapkan mempunyai kuasa untuk menyelamatkan ataupun membinasakan"?
Hari 6Hari 8

Perihal Pelan

Joy For All Seasons

Pernahkah anda tertanya-tanya, "Adakah seseorang itu boleh mengalami sukacita dalam semua musim kehidupan?" Carol McLeod mempercayai bahawa Allah mempunyai sukacita yang besar untuk anda yang dapat dicapai oleh anda. Dalam renungan ini, anda akan mengetahui bagaimana mempercayai Allah apabila kehidupan anda adalah tidak adil, bagaimana merenung ayat Alkitab yang mengubah pemikiran anda dan bagaimana menukar kekecewaan kepada hati yang bersukacita di tengah-tengah ketidakpastian.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Carol McLeod dan Just Joy Ministries kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: www.carolmcleodministries.com