Sukacita untuk Semua MusimSampel
Allah berfikir tentang anda sebelum dunia ini diciptakan. Dia merancang sepanjang sejarah untuk membentangkan permaidani merah untuk hidup anda dan untuk segala sesuatu yang akan dicapai oleh anda.
Namun, ada satu masalah.
Dosa telah memisahkan anda daripada Allah … tetapi Allah inginkan anda kembali.
Bapa rela membayar apa-apa sahaja untuk menyeberangi jurang yang tidak dapat direntasi itu dan mendakap anda semula.
Dia menebus anda dengan darah. Dia melunaskan hutang dengan darah merah tua yang pekat.
Darah yang tidak diperoleh daripada binatang.
Darah yang digunakan sebagai cagaran tidak diambil daripada merpati atau kambing.
Darah yang digunakan oleh Allah Bapa dalam transaksi terbesar dalam seluruh keabadian datang daripada Domba. Satu-satunya Domba. Domba korban.
Anak Allah. Itulah kasih kurnia.
Kasih kurnia bukan sahaja menebus anda … malah mengubah masa silam anda!
"Semua orang sudah berdosa dan jauh daripada Allah yang menyelamatkan mereka. Tetapi oleh rahmat Allah yang dikurniakan dengan percuma, hubungan manusia dengan Allah menjadi baik semula, melalui Yesus Kristus yang membebaskan mereka. Allah mempersembahkan Yesus Kristus sebagai korban supaya dengan kematian Yesus, dosa orang diampunkan apabila mereka percaya kepada-Nya. Allah berbuat demikian untuk menunjukkan keadilan-Nya. Pada masa lampau, Allah bersabar terhadap dosa manusia, sehingga tidak menghukum orang." (Roma 3:23-25)
APA?!!
Dosa saya telah dilenyapkan … hilang selama-lamanya. Tiada lagi rasa malu. Tiada lagi kelumpuhan. Tiada lagi rasa bersalah.
Hanya ada kasih kurnia. Saya sudah terungkai!
"Dosa saya adalah sukacita dari pemikiran mulia ini!
Dosa saya tidak sebagian tapi keseluruhannya:
Dipakukan ke kayu salib dan saya tidak tahan lagi,
Nyamanlah, nyamanlah jiwaku!"
Walau bagaimanapun, ada satu cabaran untuk kasih kurnia. Satu cabaran yang meruntun jiwa, menggeletarkan lutut, menundukkan kepala, mengeringkan mulut untuk kasih kurnia …
Kerana saya telah menerima kasih kurnia … saya mesti memberikan kasih kurnia.
Kerana Yesus … saya mesti menjadi Yesus kepada orang lain.
Saya mesti menyeberangi jurang kekecewaan, ketidaksabaran, dan kemarahan … dan bergerak ke arah orang yang berdosa dan sukar dengan kasih kurnia.
Saya mesti dengan bebasnya … dengan berlebih-lebihan … dengan murah hati … dan dengan sepenuhnya … memberikan kasih kurnia.
Dan kasih kurnia akan membolehkan saya untuk berbuat demikian.
Kuasa kasih kurnia mengubah masa silam saya … masa sekarang saya … dan masa depan saya.
Pekerjaan kasih kurnia dalam saya menjangkau anda.
Fikiran Gembira untuk Dipertimbangkan: Bagaimanakah Yesus berkongsi kasih kurnia dengan wanita yang ditangkap kerana curang?

Kitab
Perihal Pelan
Pernahkah anda tertanya-tanya, "Adakah seseorang itu boleh mengalami sukacita dalam semua musim kehidupan?" Carol McLeod mempercayai bahawa Allah mempunyai sukacita yang besar untuk anda yang dapat dicapai oleh anda. Dalam renungan ini, anda akan mengetahui bagaimana mempercayai Allah apabila kehidupan anda adalah tidak adil, bagaimana merenung ayat Alkitab yang mengubah pemikiran anda dan bagaimana menukar kekecewaan kepada hati yang bersukacita di tengah-tengah ketidakpastian.
More
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Carol McLeod dan Just Joy Ministries kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: www.carolmcleodministries.com