Sukacita untuk Semua MusimSampel

Joy For All Seasons

HARI 16 DARIPADA 30

Kekecewaan merupakan kemualan dengan apa yang sepatutnya berlaku … apa yang mungkin berlaku … apa yang akan berlaku.

"Kita juga membanggakan penderitaan kita, kerana kita tahu bahawa penderitaan menghasilkan ketekunan. Ketekunan menyebabkan kita diperkenankan oleh Allah. Oleh itu kita mempunyai harapan. Harapan itu tidak akan mengecewakan kita, kerana Allah sudah mencurahkan kasih-Nya ke dalam hati kita. Allah melakukan hal itu dengan perantaraan Roh-Nya, yang sudah dikurniakan-Nya kepada kita." (Roma 5:3-5)

Harapan tidak mengecewakan.

Sesetengah waktu kehidupan yang paling kudus dialami semasa tempoh kekecewaan yang tidak diingini dan yang tidak patut.

Apabila anda rasa kehidupan anda telah hancur … Dia menemui anda ketika itu.

Apabila anda sangka anda telah dikalahkan terlalu banyak kali … Dia hadir. Dia boleh dikatakan bersorak memberikan galakan kepada anda.

"Kita tahu bahawa Allah mengendalikan segala hal sehingga menghasilkan yang baik bagi orang yang mengasihi Dia dan yang sudah dipanggil-Nya sesuai dengan rancangan-Nya." (Roma 8:28)

Saya percaya Roma 8:28 betul-betul bermaksud seperti yang dinyatakan itu.

Kami melayani Allah yang begitu berkuasa sehinggakan Dia berupaya mengait keremukan hati kami menjadi sesuatu yang indah sekali.

Apabila kami menumpukan perhatian pada mengasihi-Nya dengan bersemangat … Dia bekerja di sebalik tabir kehidupan kami untuk mengambil setiap kekecewaan kami dan mengendalikannya sehingga mendatangkan faedah bagi kami.

Walaupun hati anda berasa tidak bererti kerana kesakitan impian yang terbantut dan kegagalan demi kegagalan, berpaut pada harapan.

Semarakkan api terhadap Penyelamat anda.

Daripada kekal dalam kekecewaan yang tajam, ketahuilah bahawa disebabkan oleh kuasa dan kasih Allah, tiada apa-apa di dunia ini berupaya "membatalkan" pelantikan anda.

Anda telah dilantik secara abadi dan tanpa gentar untuk tujuan-Nya dan rancangan-Nya. Pelantikan-Nya terhadap kehidupan anda melebihi "pembatalan" pelantikan berdasarkan keadaan anda.

"Kita juga membanggakan penderitaan kita kerana kita tahu bahawa … harapan itu tidak akan mengecewakan kita."

Perkataan "membanggakan" bermaksud, "berbangga dengan sebab ataupun tanpa sebab."

Daripada menangis dan membaluti diri dengan selimut kekecewaan, berbanggalah dalam kekecewaan anda!

Anda boleh berbangga dalam kekecewaan, kerana Allah masih berada di takhta kehidupan anda. Dia masihlah berkuasa. Anda tidak terlepas daripada kasih-Nya. Dan … pelantikan anda tidak "dibatalkan."

Dia berkuasa. Dia melindungi anda.

Fikiran Gembira untuk Dipertimbangkan: Bagaimanakah kekecewaan boleh menjadi waktu terbaik anda?
Hari 15Hari 17

Perihal Pelan

Joy For All Seasons

Pernahkah anda tertanya-tanya, "Adakah seseorang itu boleh mengalami sukacita dalam semua musim kehidupan?" Carol McLeod mempercayai bahawa Allah mempunyai sukacita yang besar untuk anda yang dapat dicapai oleh anda. Dalam renungan ini, anda akan mengetahui bagaimana mempercayai Allah apabila kehidupan anda adalah tidak adil, bagaimana merenung ayat Alkitab yang mengubah pemikiran anda dan bagaimana menukar kekecewaan kepada hati yang bersukacita di tengah-tengah ketidakpastian.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Carol McLeod dan Just Joy Ministries kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: www.carolmcleodministries.com