Sukacita untuk Semua MusimSampel
Saya memang biasa bersalah kerana mempercayai, seperti Scarlett O'Hara, bahawa esok akan menjadi lebih baik. Saya kerap merenung dengan penuh kerinduan fantasi masa depan dan salah mengangan-angankan hari yang direka yang pastinya jauh lebih baik daripada mana-mana hari ini yang sebenar.
"Jangan banggakan hari esok, kerana orang tidak tahu apa yang akan berlaku nanti." (Amsal 27:1)
Sebenarnya … hari ini adalah hari yang terbaik dalam hidup saya. Tiada hadiah yang lebih kaya atau lebih baik daripada penganugerahan masa sekarang yang tidak patut.
Saya berupaya memilih berapa banyak kemegahan yang saya cungkil daripada hari ini. Adakah saya akan berjalan dengan susah payah melalui waktu yang luar biasa dan memandang segala sesuatu yang telah diberikan kepada saya dengan mata yang suram? Ataupun, adakah saya akan menerima mukjizat biasa yang singgah pada setiap waktu berjaga?
Jika tumpuan saya tertumpu pada kemungkinan esok yang tipis, saya tidak mungkin tertawan dengan keindahan sekarang ini!
"Sepanjang hari aku memuji-Mu dan mengisytiharkan kemuliaan-Mu." (Mazmur 71:8)
Barangkali anda ingin meluangkan beberapa minit pada hari ini untuk membuat pengisytiharan yang berkuasa membuka keindahan dan kemuliaan setiap waktu "sekarang" kehidupan anda:
Hari ini saya akan menghabiskan masa yang indah mendengar orang lain dan bukan berfikir tentang diri sendiri sahaja.
Saya akan meraikan musim hidup semasa saya dan tidak menginginkan keadaan dan aktiviti lain, cuma menginginkan apa yang terjadi hari ini.
Hari ini saya tidak akan berasa bimbang tentang apa yang tidak dimiliki tetapi saya akan berkongsi segala sesuatu yang dimiliki dengan penuh kesyukuran dengan orang yang ditemui dalam perjalanan ini.
Hari ini saya akan bernyanyi tanpa kekesalan dan mengucapkan "terima kasih!" dengan kuat dan kerap!
Hari ini saya akan memberikan senyuman kepada kanak-kanak dan mengucapkan kata-kata yang mendorong kepada orang asing.
Saya akan membiasakan diri dengan kenikmatan hari ini dan mencari cap jari Allah pada setiap saat. Saya akan mendengar denyutan jantung-Nya dan lagu hidup yang datang dari syurga.
Saya akan menghubungkan diri dengan masa sekarang … dan tertawan dengan kurnia hari ini!
"Maka aku akan memberitakan keadilan-Mu, dan aku akan memuji Engkau sepanjang hari." (Mazmur 35:28)
Fikiran Gembira untuk Dipertimbangkan: Apakah 3 hal menggembirakan yang anda boleh pilih untuk lakukan pada bila-bila dalam hidup anda?

Kitab
Perihal Pelan
Pernahkah anda tertanya-tanya, "Adakah seseorang itu boleh mengalami sukacita dalam semua musim kehidupan?" Carol McLeod mempercayai bahawa Allah mempunyai sukacita yang besar untuk anda yang dapat dicapai oleh anda. Dalam renungan ini, anda akan mengetahui bagaimana mempercayai Allah apabila kehidupan anda adalah tidak adil, bagaimana merenung ayat Alkitab yang mengubah pemikiran anda dan bagaimana menukar kekecewaan kepada hati yang bersukacita di tengah-tengah ketidakpastian.
More
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Carol McLeod dan Just Joy Ministries kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: www.carolmcleodministries.com