Sukacita untuk Semua MusimSampel

Joy For All Seasons

HARI 21 DARIPADA 30

Adakah terdapat sesiapa yang mengalami "kesulitan" hari ini?

Anda mungkin rasa mati akal … tidak berdaya … kehilangan sukacita.

Barangkali kata-kata yang diucapkan oleh Allah kepada Musa kira-kira 3,500 tahun lalu akan bergema dalam hati anda hari ini:

"Kemudian TUHAN berfirman, “Aku telah melihat betapa kejamnya umat-Ku dianiaya di Mesir; Aku telah mendengar seruan mereka mohon dibebaskan daripada pengerah-pengerah abdi. Sesungguhnya, Aku tahu akan segala penderitaan mereka. Oleh itu Aku turun untuk membebaskan mereka daripada orang Mesir, dan membawa mereka keluar dari negeri itu ke suatu negeri yang luas, kaya, dan subur." (Keluaran 3:7 & 8a)

Jangan menganggap bahawa Allah tidak mengendahkan hidup anda atau tidak sedar akan penderitaan peribadi anda. Allah pasti melihatnya! Dia tidak buta, tidak juga tidak sedar. Dia merenung hidup anda dan tidak meninggalkan anda untuk jatuh bangun bersendirian.

Allah telah mendengar doa anda dan bantuan akan tiba! Allah tidak pernah tidak menghiraukan doa anak-Nya. Doa bersungguh-sungguh yang diseru … atau dibisikkan … atau dijerit … atau diucapkan … atau difikirkan … oleh anak yang terdesak mendapat perhatian Bapa. Dia mendengar seruan anda!

Allah sedar akan penderitaan anda. Dia tahu setiap perincian setiap kekecewaan setiap pagi yang dipenuhi keseksaan dan setiap malam sepi yang panjang. Tiada apa-apa yang boleh anda ucapkan kepada-Nya yang merupakan berita "baru" kepada-Nya. Sungguh menakjubkan untuk melayani Allah yang memahami penderitaan manusia! Dia sedar!

Dia turun untuk mengangkat anda! Allah campur tangan dalam kehidupan kami yang kucar-kacir, menyingsing lengan dan bekerja.

Allah Musa ialah Allah ANDA! Anda mahu menemui Allah di tanah gersang pelantikan kudus dan mendengar suara-Nya? Saya rasa Aku adalah AKU akan mengatakan hal yang sama kepada anda sebagaimana Dia berkata kepada Musa …

Aku telah melihat!

Aku telah mendengar seruanmu!

Aku tahu akan segala penderitaanmu!

Aku turun untuk membebaskanmu!

Fikiran Gembira untuk Dipertimbangkan: Apakah pengalaman paling sukar yang pernah anda alami? Bagaimanakah anda melihat campur tangan Allah bagi pihak anda pada waktu itu?
Hari 20Hari 22

Perihal Pelan

Joy For All Seasons

Pernahkah anda tertanya-tanya, "Adakah seseorang itu boleh mengalami sukacita dalam semua musim kehidupan?" Carol McLeod mempercayai bahawa Allah mempunyai sukacita yang besar untuk anda yang dapat dicapai oleh anda. Dalam renungan ini, anda akan mengetahui bagaimana mempercayai Allah apabila kehidupan anda adalah tidak adil, bagaimana merenung ayat Alkitab yang mengubah pemikiran anda dan bagaimana menukar kekecewaan kepada hati yang bersukacita di tengah-tengah ketidakpastian.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Carol McLeod dan Just Joy Ministries kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: www.carolmcleodministries.com