Sukacita untuk Semua MusimSampel
Semasa menghadapi waktu yang paling suram dalam hidup saya, saya ketagihan sesuatu.
Saya mengalami kemurungan kerana ketidaksuburan bertahun-tahun. Saya telah menghantar 5 bayi ke syurga dan dilanda kesedihan tidak henti-henti, harapan yang hancur, dan emosi yang bergelora.
Saya ketagih Firman Allah. Pada waktu itu, apabila lohong hitam kemurungan memanggil nama saya, Alkitab juga mengejar jiwa saya. Sebelum keadaan saya berubah, kuasa penyembuhan dalam Firman Allah telah menyembuhkan kemurungan saya yang mendalam dan tidak henti-henti.
Hampir 3 dekad selepas waktu kemurungan yang dahsyat itu, saya ingin berkongsi 4 cara Alkitab boleh mengubah kehidupan anda.
Alkitab akan mengingatkan anda bahawa Allah kami berupaya mengambil semua situasi dalam hidup kami dan menggunakannya untuk kebaikan kami dan untuk kemuliaan terbesar-Nya.
"Kita tahu bahawa Allah mengendalikan segala hal sehingga menghasilkan yang baik bagi orang yang mengasihi Dia dan yang sudah dipanggil-Nya sesuai dengan rancangan-Nya." (Roma 8:28)
Kedua, Alkitab akan membantu anda untuk mengembangkan kekuatan yang akan membolehkan anda untuk mengatasi dosa dan pencubaan.
"Bagaimanakah seorang pemuda (perempuan) dapat hidup suci? Dia dapat hidup suci dengan mentaati perintah-Mu." (Mazmur 119:9)
Cara ketiga Alkitab dapat mengubah anda ialah membantu anda mengasihi orang yang sukar dalam hidup anda! Allah tidak terkejut oleh kehadiran orang yang menyakitkan hati dalam hidup anda. Dia mungkin menempatkan mereka dengan strategik dalam hidup anda kerana Dia mahu mereka untuk melihat Yesus dalam anda!
"Sesiapa yang mengasihi orang lain, sabar dan baik hati; dia tidak iri hati, tidak bercakap besar, dan tidak sombong." (1 Korintus 13:4)
Jika anda tertanya-tanya mengapa anda dilahirkan, Alkitab boleh membantu anda menemui tujuan anda dalam hidup ini!
"Aku sendiri tahu akan rancangan-Ku untuk kamu. Rancangan itu bukan untuk mencelakakan kamu, tetapi untuk kemakmuran kamu dan untuk memberikan masa depan yang kamu harap-harapkan." (Yeremia 29:11)
Atas sebab ini dan ribuan sebab yang lain … bentuklah ketagihan terhadap Firman Allah. Anda akan menjadi orang yang dimaksudkan apabila anda bersukacita dalam Firman-Nya!
Fikiran Gembira untuk Dipertimbangkan: Senaraikan sebab-sebab mengapa anda harus membaca Alkitab setiap hari.

Kitab
Perihal Pelan
Pernahkah anda tertanya-tanya, "Adakah seseorang itu boleh mengalami sukacita dalam semua musim kehidupan?" Carol McLeod mempercayai bahawa Allah mempunyai sukacita yang besar untuk anda yang dapat dicapai oleh anda. Dalam renungan ini, anda akan mengetahui bagaimana mempercayai Allah apabila kehidupan anda adalah tidak adil, bagaimana merenung ayat Alkitab yang mengubah pemikiran anda dan bagaimana menukar kekecewaan kepada hati yang bersukacita di tengah-tengah ketidakpastian.
More
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Carol McLeod dan Just Joy Ministries kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: www.carolmcleodministries.com