Sukacita untuk Semua MusimSampel

Joy For All Seasons

HARI 12 DARIPADA 30

Adakah anda merasakan kerinduan yang terlalu sukar ditahan?

Adakah anda kehilangan kehendak untuk bernyanyi … untuk bermimpi … untuk berharap … untuk bergerak maju?

"Berapa lamakah Engkau akan melupakan aku, ya TUHAN?
Berapa lamakah Engkau akan bersembunyi daripadaku?
Berapa lamakah aku mesti menanggung kesusahan
dan berdukacita siang malam?"
(Mazmur 13:2 & 3)

Sentiasa ada waktu yang membosankan dalam kehidupan ini … apabila setiap jam adalah tidak bermakna … dan apabila setiap minit adalah amat biasa.

Semasa waktu murung yang berterusan dan menung hiba yang menyakitkan tersebut, saya mesti mengambil suatu strategi.

Pemazmur itu mengingatkan saya tentang strategi yang harus diambil …

"Tetapi aku bergantung kepada kasih-Mu yang abadi;
aku akan bergembira kerana Engkau menyelamatkan aku.
Aku akan menyanyi untuk TUHAN,
kerana Dia telah berbuat baik kepadaku." (Mazmur 13:6)

Saya bergantung kepada-Nya!

Apabila anda berasa susah hati … cuba bergantung kepada-Nya.

Apabila anda hidup dalam kekecewaan … cuba bergantung kepada-Nya.

Betapa sukar atau mengecewakan pun kehidupan anda adalah tidak penting, kerana kasih dan kebaikan Allah tidak berubah.

Hati saya akan bersukacita!

Berbicara kepada hati anda dan memberitahunya: "Hati … sudah tiba masanya untuk bersukacita!"

Tiada kekecewaan yang cukup berani untuk mendiamkan nyanyian hati anda.

Lagu peribadi anda adalah paling jelas dan paling kuat apabila dinyanyikan semasa kekecewaan kewujudan manusia. Percayalah saya. Saya tahu.

Saya akan bernyanyi!
Sekarang sudah tiba masanya untuk membuka mulut anda dan biarkan melodi itu didengar oleh seluruh dunia!

Nyanyilah meskipun anda rasa tidak senang hati.

Nyanyilah apabila jiwa anda menderita.

Nyanyilah.

Dia telah berbuat baik kepada saya!

Memanglah sukacita yang besar dalam pengakuan itu! Saya melayani Allah yang telah memberikan saya hal yang melebihi apa yang saya patut terima!

Saya akan bernyanyi dan saya akan memuliakan-Nya!

Demikianlah, keadaan!

Inilah tindakan saya ketika menghadapi kekecewaan!

Mungkinkah sukacita terhasil dalam hati-Nya … apabila saya memilih Dia?!

Mungkinkah … apabila saya bernyanyi meskipun menghadapi penderitaan peribadi … Dia akan bernyanyi bersama-sama?!

Mungkinkah?!

Fikiran Gembira untuk Dipertimbangkan: Apakah lagu kegemaran anda semasa dunia ini mengalami keretakan?
Hari 11Hari 13

Perihal Pelan

Joy For All Seasons

Pernahkah anda tertanya-tanya, "Adakah seseorang itu boleh mengalami sukacita dalam semua musim kehidupan?" Carol McLeod mempercayai bahawa Allah mempunyai sukacita yang besar untuk anda yang dapat dicapai oleh anda. Dalam renungan ini, anda akan mengetahui bagaimana mempercayai Allah apabila kehidupan anda adalah tidak adil, bagaimana merenung ayat Alkitab yang mengubah pemikiran anda dan bagaimana menukar kekecewaan kepada hati yang bersukacita di tengah-tengah ketidakpastian.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Carol McLeod dan Just Joy Ministries kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: www.carolmcleodministries.com