Sukacita untuk Semua MusimSampel
Kasih kurnia.
Kebelakangan ini, saya kerap berfikir tentang kasih kurnia. Cuba menumpukan fikiran saya … hati saya … dan roh saya pada kasih kurnia.
Pada satu tahap, ia merupakan satu perkataan agama.
Pada tahap yang lain, ia merangkumi aspek yang terbaik dan paling mesra.
Saya bersungguh-sungguh hendak mengeluarkan aspek agama daripada "kasih kurnia" dan membaluti diri dengannya seperti kulit yang dijahit dengan kasih.
Kasih kurnia.
Inilah yang saya ketahui … kasih kurnia Allah merupakan hadiah terbaik yang pernah saya terima.
Saya memerlukan kasih kurnia. Saya sangat memerlukan kasih kurnia yang telah dicurahkan kepada saya … dengan murah hati … dengan baik budi.
Apa jua berkat anda pada hari ini … anda menerimanya kerana kasih kurnia.
Jika anda membaca renungan hari ini … anda membaca kerana kasih kurnia.
Jika anda bernyanyi sebagai ahli kumpulan penyembahan … anda tidak melakukannya sendiri. Kasih kurnia yang menempatkan anda di sana.
Jika anda pernah menyertai perjalanan misi … anda tidak melakukannya sendiri … kasih kurnia yang menempatkan anda di sana.
Jika anda membaca Alkitab pada pagi ini … anda tidak memilih untuk melakukannya atau memilihnya sendiri. Kasih kurnia melakukannya untuk anda.
Jika anda ingin mengetahui apa itu kasih kurnia … baca Yohanes 15:16.
"Kamu tidak memilih Aku. Akulah yang memilih kamu dan menugaskan kamu supaya pergi dan berbuah lebat, buah yang akan tahan. Dengan demikian Bapa akan mengabulkan apa sahaja yang kamu minta daripada-Nya demi nama-Ku." (Yohanes 15:16)
Jika anda ingin mengetahui apa itu kasih kurnia … hafal Yohanes 15:16.
Kasih kurnia ialah apa yang diberi oleh Allah kepada kami … orang yang bercela, remuk, dan berdosa.
Kasih kurnia ialah hati Allah terhadap anak kesayangan-Nya yang menyebabkan Dia untuk memberikan segala sesuatu yang diwakili-Nya dan segala sesuatu yang dimiliki-Nya.
"Kekayaan kasih kurnia-Nya yang melimpah-limpah."
"Kekayaan kasih kurnia-Nya yang dicurahkan-Nya kepada kami."
"Mendatangkan puji bagi kemuliaan-Nya."
Frasa yang begitu indah sehinggakan hati saya betul-betul ingin sekali bersukacita.
Kasih kurnia adalah untuk saya. Saya tidak layak menerimanya. Saya tidak melakukan apa-apa untuk memperolehnya. Namun, Dia memberikannya.
Bayangkan itu!
Fikiran Gembira untuk Dipertimbangkan: Apakah definisi anda untuk perkataan "kasih kurnia"?

Kitab
Perihal Pelan
Pernahkah anda tertanya-tanya, "Adakah seseorang itu boleh mengalami sukacita dalam semua musim kehidupan?" Carol McLeod mempercayai bahawa Allah mempunyai sukacita yang besar untuk anda yang dapat dicapai oleh anda. Dalam renungan ini, anda akan mengetahui bagaimana mempercayai Allah apabila kehidupan anda adalah tidak adil, bagaimana merenung ayat Alkitab yang mengubah pemikiran anda dan bagaimana menukar kekecewaan kepada hati yang bersukacita di tengah-tengah ketidakpastian.
More
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Carol McLeod dan Just Joy Ministries kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: www.carolmcleodministries.com