Sukacita untuk Semua MusimSampel

Joy For All Seasons

HARI 5 DARIPADA 30

Saya tidak tahu tentang pertanian, tetapi saya tahu ini: apabila seorang petani menanam biji benih timun … timun akan tumbuh. Apabila seorang pekebun menanam biji benih bunga matahari … bunga matahari akan tumbuh di situ. Memanglah benar dalam setiap bidang pertanian dan botani bahawa orang yang menanam pasti akan mengaup hasil daripada tanamannya. Jika seseorang petani menanam biji benih lobak putih, ia tidak mungkin memetik lobak merah. Jika seseorang pekebun menanam bunga ros … ia tidak perlu bimbang bahawa lobak bulat akan terhasil di sana.

Walau bagaimanapun, Alkitab memberikan satu pengecualian bagi hukum saintifik yang sah ini:

"Semoga orang yang menabur benih sambil menangis, dapat menuai hasilnya sambil bergembira." (Mazmur 126:5)

Jika hidup anda merangkumi penderitaan dan kesedihan dan tangisan sahaja, biarlah saya meyakinkan anda bahawa hidup anda merangkumi lebih banyak potensi untuk sukacita sebenar daripada hidup seseorang yang tinggal di tempat yang dikelilingi pagar pancang putih yang melindungi tulip kehidupan mereka. Alkitab menyatakan bahawa semua tangisan anda akan dengan luar biasanya menghasilkan sukacita dan kegembiraan.

Allah mengambil tangisan kekecewaan dan kesedihan, membubuh baja dengan hadirat-Nya, dan daripada tempat penderitaan yang mendalam akan tercetusnya hasil sukacita yang berkelimpahan. Anda tidak imun terhadap mukjizat ini, anda tidak juga terkecuali daripada janji ini.

Hanya Allah boleh mengambil kekalahan paling teruk anda, penderitaan terbesar anda, dan waktu sedih anda yang paling melemahkan badan menjadi sukacita-Nya yang luar biasa dan tidak dapat diganti. Hanya Allah.

Adakah anda akan membubuh baja di dalam lingkungan hidup anda yang sukar ini dengan penyembahan? Adakah anda akan memutuskan hari ini untuk bernyanyi walaupun semasa mengalami kekecewaan yang teruk dan kehampaan bertahun-tahun lamanya? Apabila anda memutuskan untuk bersukacita dalam Tuhan, anda akan mendapati bahawa sukacita telah timbul di tempat di mana penderitaan merupakan penceroboh tetap.

Apabila anda mula bernyanyi meskipun ketika menderita dan kecewa, anda akan menemui hadiah yang paling mulia … Yesus sudah tiba! Dia akan berjalan menuju anda merentasi kekecewaan dan kesuraman yang berlarutan. Dia tidak datang bersendirian, tetapi Dia datang dengan hadiah dinamik yang menyusul-Nya ke mana jua yang Dia pergi … hadiah sukacita!

Fikiran Gembira untuk Dipertimbangkan: Senaraikan orang dalam hidup anda yang memerlukan hadiah sukacita. Berdoalah untuk mereka hari ini.
Hari 4Hari 6

Perihal Pelan

Joy For All Seasons

Pernahkah anda tertanya-tanya, "Adakah seseorang itu boleh mengalami sukacita dalam semua musim kehidupan?" Carol McLeod mempercayai bahawa Allah mempunyai sukacita yang besar untuk anda yang dapat dicapai oleh anda. Dalam renungan ini, anda akan mengetahui bagaimana mempercayai Allah apabila kehidupan anda adalah tidak adil, bagaimana merenung ayat Alkitab yang mengubah pemikiran anda dan bagaimana menukar kekecewaan kepada hati yang bersukacita di tengah-tengah ketidakpastian.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Carol McLeod dan Just Joy Ministries kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: www.carolmcleodministries.com