Sukacita untuk Semua MusimSampel
Firman Allah merupakan ubat penyembuhan yang luar biasa dan penasihat yang bijak serta setia. Kata-kata yang ditemui dalam Alkitab ialah vitamin berkuasa yang terbaik! Suntikan sukacita harian mungkinlah preskripsi Doktor yang Agung untuk hidup anda.
"Jalan yang menuju kehidupan Engkau tunjukkan kepadaku; hadirat-Mu menggembirakan aku, dan sentiasa membahagiakan aku." (Mazmur 16:11)
Sukacita ditemui di mana jua Dia berada.
Dia ada pada setiap matahari terbit dan matahari terbenam.
Kehadiran-Nya tampak pada bunga pertama semasa musim bunga dan pada daun gugur semasa musim luruh.
Suara-Nya kedengaran dalam simfoni penyembahan dan dalam gelak ketawa bayi.
Dia ditemui menghiburkan balu dan ibu bapa yang patah hati.
Dia hadir dalam kehidupan harian yang membosankan apabila pinggan mangkuk kotor bertimbun, kain kotor bertimbun-timbun, dan bil berjela-jela.
Dia ada ketika waktu kesepian yang berlarutan dan dalam timbunan tisu di sebelah katil anda.
Apabila saya dikuasai oleh penipuan emosi saya, apa yang betul-betul saya perlukan ialah agar Dia menjadi lebih penting.
Apabila sukacita saya mula pudar dan digantikan dengan kesepian atau kemurungan, saya diingatkan dengan lembut oleh Roh Kudus, "Carol … jika kamu kekurangan sukacita ... dapatkah kamu meneka siapa yang sudah berpindah?"
Segala sukacita yang saya perlukan di sebelah syurga ini ditemui dalam persekutuan dengan-Nya. Ia ditemui apabila saya memilih untuk menjadikan-Nya lebih penting tanpa henti-henti dan saya semakin kurang penting; ia ditemui apabila saya memahami nilai keintiman dengan Kekasih jiwa saya.
Jika anda memerlukan sukacita yang lebih praktikal daripada bahasa puisi yang indah, barangkali cadangan berikut akan menggerakkan anda ke arah sukacita:
Pilih ayat Alkitab yang mengandungi perkataan "sukacita" dan menghafalnya.
Nyanyikan lagu penyembahan kegemaran anda.
Bisikkan doa untuk orang lain.
Baca Alkitab untuk sekurang-kurangnya 5 minit setiap hari.
Jemput beberapa orang ke rumah anda untuk berdoa.
Sukacita merupakan disiplin berat yang hanya akan dipilih orang yang terdesak dan cukup berani. Saya mesti memilih hadirat-Nya walaupun dunia ini mengaum di sekeliling saya. Sukacita hadirat-Nya pasti akan memenuhi anda sehingga penuh melimpah dan akan memberikan anda hadiah hidup luar biasa yang kelimpahan.
Fikiran Gembira untuk Dipertimbangkan: Tuliskan definisi anda untuk perkataan "sukacita."

Kitab
Perihal Pelan
Pernahkah anda tertanya-tanya, "Adakah seseorang itu boleh mengalami sukacita dalam semua musim kehidupan?" Carol McLeod mempercayai bahawa Allah mempunyai sukacita yang besar untuk anda yang dapat dicapai oleh anda. Dalam renungan ini, anda akan mengetahui bagaimana mempercayai Allah apabila kehidupan anda adalah tidak adil, bagaimana merenung ayat Alkitab yang mengubah pemikiran anda dan bagaimana menukar kekecewaan kepada hati yang bersukacita di tengah-tengah ketidakpastian.
More
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Carol McLeod dan Just Joy Ministries kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: www.carolmcleodministries.com