Penyembahan: Kajian MazmurSampel
Apakah yang dikatakan?
Pemazmur ini meminta Tuhan untuk memberikannya pemahaman dan mengarahkan hatinya terhadap peraturan Allah. Ia mentaati perintah Allah dan dihiburkan oleh janji dan hukum-Nya.
Apakah maksudnya?
Penulis Mazmur 119 memahami kepentingan membaca Firman Allah. Keinginannya untuk mengetahui apa yang dinyatakan dalam Firman Allah adalah lebih daripada mengetahui fakta tentang Allah sahaja; Ia ingin memahami apa yang dimaksudkan oleh Kitab Suci supaya ia boleh memenuhi tujuannya dalam setiap aspek kehidupannya. Semasa ia mentaati hukum Allah, ia meninggalkan pengejaran yang mementingkan diri dan ingin hidup demi tujuan yang memiliki nilai abadi. Walaupun mentaati Allah tidak mengakhiri masalahnya, penghiburan yang ditemui dalam janji Allah telah memberikannya harapan yang kekal.
Bagaimana saya harus memberikan respons?
Apakah yang mendorong anda untuk membaca renungan ini? Adakah anda berharap untuk menyelesaikan masalah, menemui penghiburan, atau lebih dekat kepada Allah? Sementara semua sebab itu adalah baik, petikan hari ini mencabar kita untuk membaca Firman Allah untuk bertindak berdasarkannya. Perubahan hidup bermula semasa anda memahami Kitab Suci, mendengar peringatannya, dan mentaati perintahnya. Hasilnya terjadi seperti deretan domino yang jatuh – anda menjadi rapat dengan Allah, anda belajar cara menyelesaikan pelbagai masalah, anda menemui penghiburan dan harapan, dsb. Mintalah Allah untuk memberikan anda pemahaman dan perspektif kekal semasa anda membaca dan mengkaji Firman-Nya, kemudian bertindak berdasarkan kebenaran yang dinyatakan oleh-Nya. Membaca Alkitab adalah lebih daripada satu tabiat yang baik – amalan ini membawa transformasi.
Kitab
Perihal Pelan
Mazmur merupakan koleksi sajak dan lagu yang ditulis lebih daripada 1,000 tahun lalu. Sementara Mazmur mengandungi pujian yang girang dan ratapan yang menyedihkan, seluruh kitab itu bersaksi tentang kasih Allah yang setia terhadap umat-Nya dalam setiap keadaan. Sebagai teras penyembahan Perjanjian Lama, setiap mazmur menjangka kemuncak pujian Allah dalam kematian dan kebangkitan Yesus Kristus.
More