Penyembahan: Kajian MazmurSampel

Worship: A Study in Psalms

HARI 79 DARIPADA 106

Apakah yang dikatakan?

Umat Israel lupa tentang pekerjaan Allah, menyembah berhala, membenci Tanah Perjanjian, merungut di dalam khemah mereka, dan mengorbankan anak sendiri, tetapi Allah setia.

Apakah maksudnya?

Kecurangan Israel yang digambarkan dalam Mazmur 106 sangat berbeza dengan kesetiaan Bapa yang digambarkan dalam Mazmur 105. Mereka lupa, tetapi Allah ingat! Pengkhutbah Scotland, George Morrison, menulis, “Tuhan membebaskan Israel dari Mesir dalam masa sehari, tetapi Dia menggunakan 40 tahun untuk mengeluarkan Mesir daripada orang Israel.” Umat Allah menjadi mangsa kepada budaya yang durjana dan tidak menjalankan hidup salih yang memuliakan TUHAN mereka yang kudus. Pinehas merupakan satu-satunya sinar cahaya dalam catatan yang kelam ini – ia mempercayai Allah, campur tangan dan dikira sebagai perbenarannya. Walaupun Israel tidak mempercayai dan mentaati Allah, Dia tetap setia terhadap perjanjian kekal-Nya dan menyelamatkan mereka apabila mereka berseru kepada-Nya.

Bagaimana saya harus memberikan respons?

Apakah tindakan dan sikap dalam mazmur ini yang menggambarkan hidup anda – iri hati, rungutan, keingkaran, pemberontakan? Kita boleh belajar daripada kesilapan orang Israel supaya kita tidak menjadi mangsa budaya durjana di sekeliling kita. Rasul Paulus menyenaraikan dosa nenek moyangnya sebagai peringatan agar tidak mengikuti pola dosa yang sama lagi (1 Kor 10:1-13). Bagaimanakah Allah baik terhadap anda pada minggu ini, meskipun fikiran atau sikap anda yang berdosa? Kesetiaan-Nya harus mengilhami kesyukuran dan penyerahan rendah hati terhadap kehendak-Nya. Bagaimana hidup anda boleh menjadi contoh supaya orang lain rasa terdorong untuk mempercayai dan mentaati Allah?

Hari 78Hari 80

Perihal Pelan

Worship: A Study in Psalms

Mazmur merupakan koleksi sajak dan lagu yang ditulis lebih daripada 1,000 tahun lalu. Sementara Mazmur mengandungi pujian yang girang dan ratapan yang menyedihkan, seluruh kitab itu bersaksi tentang kasih Allah yang setia terhadap umat-Nya dalam setiap keadaan. Sebagai teras penyembahan Perjanjian Lama, setiap mazmur menjangka kemuncak pujian Allah dalam kematian dan kebangkitan Yesus Kristus.

More

Kami berterima kasih kepada Thomas Road Baptist Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.trbc.org