Penyembahan: Kajian MazmurSampel

Worship: A Study in Psalms

HARI 81 DARIPADA 106

Apakah yang dikatakan?

Memuji Allah kerana kasih dan kesetiaan-Nya, Daud merayu kepada-Nya untuk pertolongan dan berseru kepada Allah untuk membalas dendam terhadap musuhnya.

Apakah maksudnya?

Daud membuka setiap mazmur ini dengan pujian yang mengingatkannya tentang penerima doanya. Ia mencurahkan hatinya kepada Allah sebagai ungkapan kemarahan terhadap musuhnya – yang tanpa sebab – menyerangnya dan umat pilihan Allah. Daud tertanya-tanya mengapa Allah seolah-olah lambat memberikan respons-Nya terhadap apa yang sedang berlaku. Sesetengah sarjana fikir orang kudus Perjanjian Lama tidak tahu tentang hari penghakiman, maka mereka meminta Allah untuk melaksanakan keadilan sepenuh-Nya dengan segera. Akhirnya, Daud tidak membalas dendam tetapi berbalik kepada Allah untuk pertolongan, menyedari bahawa kekuatan manusia tidak mencukupi.

Bagaimana saya harus memberikan respons?

Adakah anda sedang mengalami penentangan yang bukan kesalahan anda? Keadaan anda tidak menguasai Allah. Anda tidak bersendirian dalam konflik. Walaupun situasi ini tidak berubah dengan serta-merta, atau Allah seolah-olahnya berdiam, ingatlah bahawa Dia melihat, mengetahui, dan mengambil berat. Berdoalah, memberitahu Dia tentang perasaan anda, dan menunggu Dia untuk bertindak bagi pihak anda. Hari ini, adakah anda akan bergantung pada kekuatan sendiri atau kekuatan Allah untuk membawa anda mengharunginya? Daripada menumpukan perhatian pada masalah itu, percayalah dan pujilah Dia yang memiliki penyelesaiannya – Tuhan Yesus Kristus.

Hari 80Hari 82

Perihal Pelan

Worship: A Study in Psalms

Mazmur merupakan koleksi sajak dan lagu yang ditulis lebih daripada 1,000 tahun lalu. Sementara Mazmur mengandungi pujian yang girang dan ratapan yang menyedihkan, seluruh kitab itu bersaksi tentang kasih Allah yang setia terhadap umat-Nya dalam setiap keadaan. Sebagai teras penyembahan Perjanjian Lama, setiap mazmur menjangka kemuncak pujian Allah dalam kematian dan kebangkitan Yesus Kristus.

More

Kami berterima kasih kepada Thomas Road Baptist Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.trbc.org