Penyembahan: Kajian MazmurSampel
Apakah yang dikatakan?
Dalam Mazmur 117, semua orang dipanggil untuk memuji Allah kerana kasih setia-Nya dan kebenaran-Nya yang kekal. Mazmur 118 berbicara tentang batu yang penting dalam bangunan Allah, yang ditolak oleh manusia tetapi terpilih oleh Tuhan.
Apakah maksudnya?
Mazmur 118 merupakan mazmur mesias yang mengharapkan Yesus Kristus, yang menunjukkan kebenaran dan kasih Allah dengan sempurna seperti yang digambarkan dalam Mazmur 117. Umat Allah boleh memuji kasih, kesetiaan dan kebenaran-Nya yang kekal. Semasa Tuhan Yesus memasuki Yerusalem, orang ramai memuji Dia, mengucapkan Mazmur 118:25-26: “Selamatkanlah sekarang! Diberkatilah orang yang datang dalam nama Tuhan.” (Markus 11). Lewat minggu itu, Yesus mengenakan ayat 23 dan 24 pada diri-Nya – Batu yang ditolak oleh pembina ialah Dia yang dipilih oleh Allah. Walau bagaimanapun, pemimpin Yahudi telah menolak Yesus. Mereka tidak sedar bahawa mereka berhadapan dengan Mesias dan Raja yang telah lama dinantikan – kasih dan kebenaran Allah terjelma dalam Yesus Kristus.
Bagaimana saya harus memberikan respons?
Dua ribu tahun kemudian, reaksi terhadap Yesus masihlah sama. Sesetengah orang mempercayai-Nya untuk keselamatan mereka, sementara orang lain menolak-Nya. Anda tergolong dalam kumpulan yang mana? Pernahkah anda mengalami kasih Yesus Kristus yang kekal? Bagaimanakah anda melihat kebenaran-Nya dinyatakan dalam hati anda melalui Kitab Suci dan ajaran Roh Kudus? Sebagai orang percaya, kasih dan kebenaran Allah diam dalam anda. Pandanglah orang lain melalui mata-Nya. Hanya kebenaran yang ditemui dalam Kristus boleh membebaskan mereka daripada kuasa dosa. Dia amat mengasihi mereka, sebagaimana Dia mengasihi anda. Siapakah yang akan anda beritahu hari ini tentang kasih dan kesetiaan-Nya yang kekal?
Perihal Pelan
Mazmur merupakan koleksi sajak dan lagu yang ditulis lebih daripada 1,000 tahun lalu. Sementara Mazmur mengandungi pujian yang girang dan ratapan yang menyedihkan, seluruh kitab itu bersaksi tentang kasih Allah yang setia terhadap umat-Nya dalam setiap keadaan. Sebagai teras penyembahan Perjanjian Lama, setiap mazmur menjangka kemuncak pujian Allah dalam kematian dan kebangkitan Yesus Kristus.
More