Penyembahan: Kajian MazmurSampel

Worship: A Study in Psalms

HARI 85 DARIPADA 106

Apakah yang dikatakan?

Pahala buatan manusia tidak bernyawa, tetapi Allah Syurga ialah penolong dan perisai Israel. Pemazmur memuji kasih kurnia, kebenaran, dan belas kasihan Allah.

Apakah maksudnya?

Mengikut tradisi, Israel menyanyikan mazmur ini semasa Paskah. Petikan ini mengingatkan umat Allah bahawa mereka adalah berbeza daripada bangsa di sekeliling mereka kerana Allah mereka ialah Pencipta Langit dan Bumi. Segala kemuliaan milik Dia sekarang dan selama-lamanya. Kasih dan kesetiaan-Nya harus mendorong mereka untuk mempercayai dan mentaati Dia sepenuhnya. Yesus menyanyikan Mazmur 116 dengan murid-murid-Nya semasa Perjamuan Terakhir, menyedari bahawa kematian-Nya sudah dekat. Dia mengangkat "cawan penyelamatan," dan tidak lama kemudian, Dia dengan penuh kasih kurnia dan belas kasihan melengkapkan kerja yang telah diberikan kepada-Nya oleh Allah dengan kerelaan-Nya untuk mati kerana dosa dunia di Salib.

Bagaimana saya harus memberikan respons?

Dalam masyarakat sekarang ini, nampaknya ada usaha habis-habisan untuk menghilangkan sebarang kesan Allah – seperti yang dinyatakan dalam Kitab Suci – daripada kerajaan, sekolah, dan sistem keadilan. Anda tidak dapat mengubah dunia ini, tetapi Allah boleh mengubah anda. Orang percaya harus menjadi berbeza kerana Allah kita ialah Pencipta, Penyelamat, Tuhan, dan Dia akan memerintah sebagai Raja di dunia ini kelak. Disebabkan oleh kematian, pengebumian, dan kebangkitan Kristus, anda boleh hidup bebas daripada ketakutan akan kematian. Dari segi apakah anda telah memberikan respons percaya dan taat terhadap Dia? Bagaimanakah anda boleh menunjukkan kesyukuran kerana kasih kurnia, kebenaran, dan belas kasihan-Nya sekarang ini?

Hari 84Hari 86

Perihal Pelan

Worship: A Study in Psalms

Mazmur merupakan koleksi sajak dan lagu yang ditulis lebih daripada 1,000 tahun lalu. Sementara Mazmur mengandungi pujian yang girang dan ratapan yang menyedihkan, seluruh kitab itu bersaksi tentang kasih Allah yang setia terhadap umat-Nya dalam setiap keadaan. Sebagai teras penyembahan Perjanjian Lama, setiap mazmur menjangka kemuncak pujian Allah dalam kematian dan kebangkitan Yesus Kristus.

More

Kami berterima kasih kepada Thomas Road Baptist Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.trbc.org