Penyembahan: Kajian MazmurSampel

Apakah yang dikatakan?
Pemazmur memuji Tuhan kerana perbuatan, kebenaran, belas kasihan, dan penebusan-Nya yang menakjubkan. Orang yang mentaati perintah-Nya menemui kebenaran yang kekal.
Apakah maksudnya?
Mazmur 111 memuji perbuatan, ketakjuban, dan kebijaksanaan Allah, sementara Mazmur 112 menggambarkan sikap dan kelakuan orang yang mengakui bahawa Dia adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam Firman-Nya dan oleh perbuatan-Nya. Berasa "takut" atau hormat terhadap Allah dan Firman-Nya membawa kekayaan dan kebijaksanaan Allah. Orang yang menerapkan kebijaksanaan itu dalam kehidupan sehari-hari akan mengalami sukacita yang sebenar, kepercayaan yang teguh, dan keyakinan meskipun semasa berhadapan dengan kesusahan yang amat sangat. Orang yang menetapkan masa untuk merenungkan siapa Allah itu dan apa yang telah dilakukan-Nya dalam hidup mereka akan menyedari bahawa Dia patut dipuji, dikasihi, dan ditaati.
Bagaimana saya harus memberikan respons?
Menjadi pengikut Kristus harus bermakna menjadi pelajar siapa Dia itu. Semakin anda menyelidiki kebenaran Kitab Suci, semakin jelasnya anda akan melihat bagaimana kuasa dan kebijaksanaan Allah dinyatakan di dunia ini. Mencari Allah adalah lebih daripada pengejaran akademik; anda memperoleh pengetahuan langsung tentang siapa Dia itu dengan menerapkan apa yang ditunjukkan oleh-Nya kepada anda dalam Firman-Nya dengan penuh hormat. Berapa kerap anda menghabiskan masa untuk merenungkan Allah? Luangkan beberapa minit hari ini untuk mendekati Dia dan mengalami hadirat-Nya dengan mengucapkan mazmur ini sebagai doa kepada-Nya. Lebih mengenali Dia mengubah siapa anda ini dan cara hidup anda.
Perihal Pelan

Mazmur merupakan koleksi sajak dan lagu yang ditulis lebih daripada 1,000 tahun lalu. Sementara Mazmur mengandungi pujian yang girang dan ratapan yang menyedihkan, seluruh kitab itu bersaksi tentang kasih Allah yang setia terhadap umat-Nya dalam setiap keadaan. Sebagai teras penyembahan Perjanjian Lama, setiap mazmur menjangka kemuncak pujian Allah dalam kematian dan kebangkitan Yesus Kristus.
More
Pelan yang Berkaitan

Benih: Apa dan Mengapa

Apakah Tujuan Saya? Belajar Mengasihi Allah dan Mengasihi Orang Lain

Anthem:Kasih Kurnia dalam Cerita Hidup Anda

Sukacita untuk Perjalanan: Menemui Harapan di Tengah-tengah Dugaan

Bangkitlah dan Bersinarlah

Mengasihi dan Terus Mengasihi

Menyerahkan Usaha Anda kepada Tuhan

Terpilih - Mendedahkan Wanita dalam Kristus

Serahkanlah Segala Kekhuatiran Kamu
