Penyembahan: Kajian MazmurSampel
Apakah yang dikatakan?
Musuh Tuhan akan menjadi alas kaki-Nya, dan Dia akan memerintah atas mereka sebagai imam menurut peraturan Melkisedek.
Apakah maksudnya?
Mazmur 110 meramalkan keimaman abadi Kristus. Kristus digambarkan sebagai Allah, Raja, Imam, Hakim, dan Pahlawan yang kuat. Mazmur nubuatan ini menceritakan perbualan antara Allah Bapa dan Allah Anak. Daud, diilhami Roh Kudus, bercakap tentang Raja akan datang yang bukan sahaja keturunannya tetapi juga Tuhannya. Mazmur ini dipetik dalam Perjanjian Baru lebih daripada mazmur yang lain. Yesus memetiknya semasa Dia menanya pemimpin Yahudi bagaimana Kristus mungkin keturunan Daud dan dan Tuhannya (Matius 22). Guru hukum tidak memiliki jawapannya kerana mereka tidak memahami bahawa Mesias (Kristus) mestilah manusia dan tuhan.
Bagaimana saya harus memberikan respons?
Sebahagian daripada nubuatan dalam Mazmur 110 telah digenapi dalam kematian, pengebumian, kebangkitan, dan kenaikan Anak Manusia dan Anak Allah, Tuhan Yesus Kristus. Bahagian nubuatan yang satu lagi – penghakiman orang yang menolak Kristus dan anugerah untuk orang yang telah menerima Kristus – akan digenapi seperti yang dijanjikan. Sekarang ini, Dia bekerja dalam hidup pengikut-Nya sebagai Raja dan Imam Agung. Adakah anda mengenali Dia sebagai Raja dan Imam Agung? Mesej untuk kita hari ini adalah jelas – Allah akan datang sebagai Hakim, dan rancangan-Nya akan tercapai. Apakah perubahan yang dibawa oleh kebenaran dalam hidup anda? Bagaimanakah anda akan menggunakan masa anda di Bumi ini untuk menghasilkan perbezaan yang kekal?
Kitab
Perihal Pelan
Mazmur merupakan koleksi sajak dan lagu yang ditulis lebih daripada 1,000 tahun lalu. Sementara Mazmur mengandungi pujian yang girang dan ratapan yang menyedihkan, seluruh kitab itu bersaksi tentang kasih Allah yang setia terhadap umat-Nya dalam setiap keadaan. Sebagai teras penyembahan Perjanjian Lama, setiap mazmur menjangka kemuncak pujian Allah dalam kematian dan kebangkitan Yesus Kristus.
More