Penyembahan: Kajian MazmurSampel

Worship: A Study in Psalms

HARI 78 DARIPADA 106

Apakah yang dikatakan?

Pemazmur memuji Allah kerana kesetiaan-Nya terhadap perjanjian kekal yang dibuat-Nya dengan Abraham dan keturunannya.

Apakah maksudnya?

Mazmur ini memberikan gambaran keseluruhan tentang sejarah Israel, menunjukkan kedaulatan dan kasih kurnia Allah dalam urusan-Nya dengan Israel. Pemazmur ini mendorong Israel untuk mengingati apa yang telah dilakukan oleh Allah untuk mereka dan memberitahu orang lain tentang segala-galanya. Bangsa Israel telah mengalami perlindungan, pemeliharaan, dan janji Tuhan secara langsung. Semasa pemerintahan Raja Daud, orang Lewi membaca sebahagian daripada Mazmur 105 semasa Tabut Perjanjian (1 Taw 16) dibawa pulang. Mengingati kesetiaan lalu Allah menghasilkan kesyukuran dan ketaatan sekarang ini.

Bagaimana saya harus memberikan respons?

Mengingati bila....? Soalan itu hampir selalu mencetuskan kenangan yang menggembirakan dan gelak ketawa semasa anda mengenang kembali waktu yang istimewa. Catatan kesetiaan Allah dalam petikan hari ini mengingatkan kita tentang kasih dan kebaikan-Nya. Berapa kerap anda berkongsi kenangan anda tentang kesetiaan Allah dalam hidup anda? Allah selalu ingat dan menepati janji-Nya kepada anak-anak-Nya. Berapa kerap anda mengingati untuk mempercayai Dia dan bersyukur kepada-Nya? Kesetiaan Allah pada masa lalu ialah sebab untuk bersyukur sekarang ini.

Hari 77Hari 79

Perihal Pelan

Worship: A Study in Psalms

Mazmur merupakan koleksi sajak dan lagu yang ditulis lebih daripada 1,000 tahun lalu. Sementara Mazmur mengandungi pujian yang girang dan ratapan yang menyedihkan, seluruh kitab itu bersaksi tentang kasih Allah yang setia terhadap umat-Nya dalam setiap keadaan. Sebagai teras penyembahan Perjanjian Lama, setiap mazmur menjangka kemuncak pujian Allah dalam kematian dan kebangkitan Yesus Kristus.

More

Kami berterima kasih kepada Thomas Road Baptist Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.trbc.org