Penyembahan: Kajian MazmurSampel
Apakah yang dikatakan?
Orang yang mengenali Allah sebagai Pencipta boleh memuji kebaikan, kasih dan kesetiaan-Nya. Daud menyanyikan lagu tentang kasih dan keadilan Allah kemudian berjanji untuk menjalankan kehidupan yang tidak bercela.
Apakah maksudnya?
Umat Tuhan harus memiliki hati yang dipenuhi sukacita semasa mereka menyembah Dia. Dia ialah Allah yang berdaulat dan Pencipta yang menyediakan segala sesuatu yang diperlukan oleh umat-Nya. Dikuasai oleh kesyukuran terhadap kebaikan Allah, kasih-Nya yang kekal, dan kesetiaan-Nya yang berterusan, Daud menyatakan hasratnya untuk memuliakan Allah dengan menyucikan rumahnya, hidupnya, dan kedudukan berkuasanya daripada sebarang kejahatan yang mungkin menghalang pujian masa depan. Semasa pemazmur menyenaraikan sifat Allah yang tidak berubah-ubah, pemahamannya terhadap Allah bertambah; lalu, keinginannya untuk menyenangkan hati Allah dengan hidupnya menjadi seruan hatinya.
Bagaimana saya harus memberikan respons?
Orang percaya sekarang ini boleh memasuki hadirat Tuhan pada bila-bila masa dan di mana jua. Semasa anda mendekati Tuhan hari ini, pujilah dengan menyatakan beberapa sifat khusus (seperti kebaikan, kasih, kekudusan, dan kesetiaan-Nya) yang mengkhabarkan siapa Dia itu. Memuji Allah dengan sepenuh hati anda menimbulkan keinginan untuk menyenangkan hati-Nya dengan setiap lingkungan hidup anda. Semasa anda memikirkan kekudusan-Nya, adakah anda terdorong untuk menjalankan hidup yang kudus (I Petrus 1:15-16)? Apakah yang menjauhkan anda daripada memiliki hati yang tertumpu pada Allah? Perkara seperti pilihan yang tidak salih dari segi hiburan atau kecenderungan untuk mengumpat membatasi keupayaan anda untuk memuji dan memuliakan Tuhan. Berhentilah sekarang ini untuk menilai diri anda untuk mengenal pasti jika ada lingkungan hidup anda yang perlu disucikan oleh Allah.
Perihal Pelan
Mazmur merupakan koleksi sajak dan lagu yang ditulis lebih daripada 1,000 tahun lalu. Sementara Mazmur mengandungi pujian yang girang dan ratapan yang menyedihkan, seluruh kitab itu bersaksi tentang kasih Allah yang setia terhadap umat-Nya dalam setiap keadaan. Sebagai teras penyembahan Perjanjian Lama, setiap mazmur menjangka kemuncak pujian Allah dalam kematian dan kebangkitan Yesus Kristus.
More