Penyembahan: Kajian MazmurSampel

Apakah yang dikatakan?
Daud memuji Allah kerana membuang dosanya sejauh timur dari barat.
Apakah maksudnya?
Mazmur ini merupakan him pujian yang ditulis oleh Daud dan mengungkapkan sebab ia digambarkan sebagai "seorang yang berkenan dalam hati-Nya." Ini mungkinlah sajak pujian yang paling hebat dan indah kepada Allah yang pernah dituliskan. Tanpa membuat satu pun permintaan kepada Tuhan, Daud memanggil penyembah yang menyanyikan him ini untuk mengingati faedah melayani Allah: pengampunan, penyembuhan, penebusan, dan kepuasan. Semangat Daud terhadap Tuhannya mencapai kemuncak baru dengan kesedaran akan siapa Allah itu dan apa yang telah dilakukan-Nya.
Bagaimana saya harus memberikan respons?
Bilakah kali terakhir anda berdoa tanpa meminta apa-apa daripada Allah? Sementara kita mungkin memulakan doa kita dengan kesyukuran kepada Tuhan kerana kebaikan-Nya terhadap kita, biasanya kita beralih dengan cepat kepada hal yang lebih mendesak ketika itu. Buat senarai pujian dan kesyukuran minggu ini, kemudian semasa anda berdoa, gunalah fikiran tersebut untuk mendorong hati dan fikiran anda kepada siapa Allah itu dan apa yang telah dilakukan-Nya dalam hidup anda. Mintalah perkara yang khusus dan mengucapkan syukur kepada-Nya kerana jawapan yang khusus bagi doa anda. Cubalah berdoa selama 3-5 minit tanpa membuat sebarang permintaan. Anda boleh mulakan sekarang ini dengan menyenaraikan perkara daripada Mazmur 103 kemudian mendoakannya kepada Tuhan.
Kitab
Perihal Pelan

Mazmur merupakan koleksi sajak dan lagu yang ditulis lebih daripada 1,000 tahun lalu. Sementara Mazmur mengandungi pujian yang girang dan ratapan yang menyedihkan, seluruh kitab itu bersaksi tentang kasih Allah yang setia terhadap umat-Nya dalam setiap keadaan. Sebagai teras penyembahan Perjanjian Lama, setiap mazmur menjangka kemuncak pujian Allah dalam kematian dan kebangkitan Yesus Kristus.
More
Pelan yang Berkaitan

Benih: Apa dan Mengapa

Semua Yang Jerih Lelah: Allah Menyertai Saya

Bangkitlah dan Bersinarlah

Menyerahkan Usaha Anda kepada Tuhan

Sukacita untuk Perjalanan: Menemui Harapan di Tengah-tengah Dugaan

Anthem:Kasih Kurnia dalam Cerita Hidup Anda

Serahkanlah Segala Kekhuatiran Kamu

Mengasihi dan Terus Mengasihi

Apakah Tujuan Saya? Belajar Mengasihi Allah dan Mengasihi Orang Lain
