Penyembahan: Kajian MazmurSampel
Apakah yang dikatakan?
Pemazmur merintih kerana menderita, meminta Tuhan untuk mendengar doa dan seruan memohon pertolongannya.
Apakah maksudnya?
Penulis Mazmur 102 dikuasai kesedihan sehinggakan ia rasa ia tidak dapat meneruskan hidupnya; ia fikir Allah telah meninggalkannya. Namun, dalam kecemasannya, ia mula menumpukan perhatian pada Allah: sifat dan kedaulatan-Nya, dan harapan agar Allah akan membebaskannya daripada kesusahannya. Sesudah itu, ia mengingatkan dirinya bahawa orang lain sedang memerhatikan responsnya. Ia mengenang generasi lalu yang mengetahui bahawa Allah setia pada masa lalu dan sekarang ini dan akan terus setia pada masa akan datang. Ia beralih dengan perlahan-lahan kepada alam pujian Allah dan mengakhirinya dengan mengkhabarkan bahawa Allah baik kepada generasi akan datang!
Bagaimana saya harus memberikan respons?
Adakah anda – seperti penulis Mazmur 102 – mendapati diri mengalami kekelaman, menghadapi dugaan yang menyusutkan kekuatan anda? Perkara terakhir yang anda ingin lakukan ialah memuji Allah kerana kebaikan dan kesetiaan-Nya. Namun, semasa anda merenungkan sifat-Nya, kemuliaan Allah mula memenuhi peribadi anda, dan tumpuan terhadap diri anda beralih kepada penyembahan luaran Allah. Pujian ialah satu pilihan. Semasa anda hidup di hadapan keluarga, kawan, dan rakan kerja anda, ingatlah bahawa mereka melihat anda berasa bimbang atau menyembah, kesal atau memuji, menyanyi atau menangis. Buatlah keputusan hari ini untuk memuji Allah kerana apa yang sedang dilakukan oleh Dia dan akan lakukan dalam hidup anda.
Kitab
Perihal Pelan
Mazmur merupakan koleksi sajak dan lagu yang ditulis lebih daripada 1,000 tahun lalu. Sementara Mazmur mengandungi pujian yang girang dan ratapan yang menyedihkan, seluruh kitab itu bersaksi tentang kasih Allah yang setia terhadap umat-Nya dalam setiap keadaan. Sebagai teras penyembahan Perjanjian Lama, setiap mazmur menjangka kemuncak pujian Allah dalam kematian dan kebangkitan Yesus Kristus.
More