Penyembahan: Kajian MazmurSampel

Apakah yang dikatakan?
Umat Allah memuji Raja Sion kerana kekudusan, keadilan, dan kebenaran-Nya. Dia ialah Allah maha pengampun yang menjawab doa umat-Nya yang bertaubat.
Apakah maksudnya?
Mazmur ini terus meraikan Tuhan sebagai Raja, bermula dengan Mazmur 95. Meskipun mazmur pertabalan ini termasuk pemerintahan milenial Kristus, mazmur ini juga mengisytiharkan bahawa Dia memerintah segala sesuatu sekarang ini. Imejan itu menggambarkan kegementaran dan sukacita di hadapan takhta-Nya. Orang yang menjalinkan hubungan yang penting dengan Dia akan memuji dan menyembah-Nya dengan mengetahui dan mematuhi Firman-Nya. Sebagai Allah yang kudus dan benar, Dia mendisiplin secara adil namun berbelas kasihan terhadap orang yang memanggil Nama-Nya. Penekanan kekudusan Tuhan menyampaikan jangkaan bahawa umat-Nya seharusnya kudus juga.
Bagaimana saya harus memberikan respons?
Bagaimanakah Allah yang kudus mentoleransi orang yang berdosa? Orang percaya juga sukar memahami kekudusan mutlak Allah. Semasa anda membaca dan mengkaji Firman-Nya, perhatikan standard-Nya terhadap sikap dan tingkah laku anda sebagai pengikut-Nya. Apakah perubahan gaya hidup yang perlu dibuat untuk memuliakan dan memuji Tuhan anda yang kudus? Semasa anda berdoa hari ini, raikan Yesus sebagai Raja seluruh bumi dengan memuji-Nya kerana kekudusan, keadilan dan belas kasihan-Nya. Bersyukurlah kepada Dia kerana mengampunkan dosa anda dan menjawab doa anda.
Perihal Pelan

Mazmur merupakan koleksi sajak dan lagu yang ditulis lebih daripada 1,000 tahun lalu. Sementara Mazmur mengandungi pujian yang girang dan ratapan yang menyedihkan, seluruh kitab itu bersaksi tentang kasih Allah yang setia terhadap umat-Nya dalam setiap keadaan. Sebagai teras penyembahan Perjanjian Lama, setiap mazmur menjangka kemuncak pujian Allah dalam kematian dan kebangkitan Yesus Kristus.
More
Pelan yang Berkaitan

Terpilih - Mendedahkan Wanita dalam Kristus

Serahkanlah Segala Kekhuatiran Kamu

Mengasihi dan Terus Mengasihi

Benih: Apa dan Mengapa

Dimeterai - Bahagian 1

Apakah Tujuan Saya? Belajar Mengasihi Allah dan Mengasihi Orang Lain

Anthem:Kasih Kurnia dalam Cerita Hidup Anda

Bangkitlah dan Bersinarlah

Sukacita untuk Perjalanan: Menemui Harapan di Tengah-tengah Dugaan
