Penyembahan: Kajian MazmurSampel
Apakah yang dikatakan?
Asaf merayu agar Allah berbelas kasihan dan mengampunkan Israel demi kemuliaan nama-Nya. Ia meminta Tuhan untuk balik kepada umat-Nya supaya mereka boleh diselamatkan dan dipulihkan.
Apakah maksudnya?
Mazmur 79 dinyanyikan setiap musim bunga semasa Paskah, dan Mazmur 80 dinyanyikan semasa Perayaan Pondok Daun. Kedua-dua mazmur ini mengisahkan semula pemusnahan Yerusalem dan penodaan rumah Tuhan – barangkali tentang serangan Babilonia dan penawanan umat Allah. Mazmur ini bertindak sebagai peringatan tahunan tentang Allah yang tidak melepaskan dosa; dosa membawa akibat yang membinasa terhadap tanah, umat, dan penyembahan mereka. Akhirnya, pemulihan Israel akan terjadi melalui orang yang dibangkitkan oleh Allah – Mesias, Yesus Kristus. Hanya Dialah yang boleh menyelamatkan orang yang memanggil nama-Nya.
Bagaimana saya harus memberikan respons?
Kita telah mengecilkan dosa sehinggakan sukar untuk mengecam kemusnahan yang disebabkan oleh dosa dari segi kebangsaan dan peribadi. Wayang dan tayangan televisyen memuliakan hal yang dikutuk oleh Allah dan menjadikannya menarik. Walau bagaimanapun, dosa tidaklah remeh. Dosa dunia mengorbankan nyawa Yesus. Berhentilah sekarang ini dan berfikir bagaimana petikan hari ini harus memberikan kesan terhadap hidup anda. Adakah hati nurani anda menyahpekakan dosa sehinggakan dosa dianggap sebagai boleh diterima dari segi sosial? Ingatlah, jika Iblis boleh membuat anda ketawa tentang dosa, ia boleh membuat anda mentoleransikan dosa. Adakah anda akan berdoa untuk kebangkitan peribadi dan kebangsaan hari ini?
Perihal Pelan
Mazmur merupakan koleksi sajak dan lagu yang ditulis lebih daripada 1,000 tahun lalu. Sementara Mazmur mengandungi pujian yang girang dan ratapan yang menyedihkan, seluruh kitab itu bersaksi tentang kasih Allah yang setia terhadap umat-Nya dalam setiap keadaan. Sebagai teras penyembahan Perjanjian Lama, setiap mazmur menjangka kemuncak pujian Allah dalam kematian dan kebangkitan Yesus Kristus.
More