Penyembahan: Kajian MazmurSampel

Worship: A Study in Psalms

HARI 66 DARIPADA 106

Apakah yang dikatakan?

Mazmur 87 memuji Yerusalem sebagai kota yang dikasihi Allah. Penulis Mazmur 88 berseru kepada Allah agar diselamatkan daripada penyakit yang mengancam nyawa.

Apakah maksudnya?

Doa mazmur ini amat berbeza. Mazmur yang pertama meraikan Yerusalem sebagai pusat dunia dan kebanggaan orang yang dilahirkan di sana dengan gembira, sementara sesetengah orang memanggil Mazmur 88 sebagai mazmur yang paling sedih. Ayat yang terakhir bagi setiap bab menggambarkan perbezaan tersebut. Mazmur 87 berakhir dengan Allah sebagai sumber sukacita pemazmur, manakala Mazmur 88 berakhir dengan kesuraman sebagai satu-satunya teman penulis. Nampaknya, ia dijangkiti penyakit yang mengancam nyawanya sebahagian besar daripada hidupnya, barangkali kusta. Namun, iman terhadap Yang Maha Tinggi, yang telah membina Yerusalem, ialah asas doanya.

Bagaimana saya harus memberikan respons?

Pengikut Kristus tidak imun terhadap sakit hati yang tidak dapat dibayangkan. Penyakit yang mengancam nyawa, kematian anak, dan pengangguran yang berlanjutan boleh menimpa orang percaya dan orang tidak percaya. Walau bagaimanapun, seperti perbezaan dalam mazmur hari ini, seharusnya ada perbezaan yang jelas dari segi orang Kristian mengatasi penderitaan. Adakah anda memiliki dasar iman yang mendorong anda untuk bertelut di hadapan Tuhan? Berhenti sekarang ini dan berterus terang dengan Allah tentang apa pun situasi yang sedang menguasai anda. Meskipun anda hanya melihat kegelapan, Tuhan boleh menjadi harapan dan sumber sukacita anda.

Hari 65Hari 67

Perihal Pelan

Worship: A Study in Psalms

Mazmur merupakan koleksi sajak dan lagu yang ditulis lebih daripada 1,000 tahun lalu. Sementara Mazmur mengandungi pujian yang girang dan ratapan yang menyedihkan, seluruh kitab itu bersaksi tentang kasih Allah yang setia terhadap umat-Nya dalam setiap keadaan. Sebagai teras penyembahan Perjanjian Lama, setiap mazmur menjangka kemuncak pujian Allah dalam kematian dan kebangkitan Yesus Kristus.

More

Kami berterima kasih kepada Thomas Road Baptist Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.trbc.org