Penyembahan: Kajian MazmurSampel

Apakah yang dikatakan?
Orang jahat berasa Allah tidak nampak mereka, tetapi Pencipta mengetahui fikiran mereka. Hukum Tuhan menolong orang yang benar bangkit, tetapi orang yang jahat akan dihukum berdasarkan hukum itu.
Apakah maksudnya?
Di tengah-tengah mazmur yang memuji kasih Allah dan mengisytiharkan kemuliaan-Nya, petikan ini berseru memohon pembelaan-Nya. Penulis menunjukkan kebodohan orang yang melakukan kejahatan terhadap umat Allah. Mereka bertindak seolah-olah Pencipta ialah patung buatan manusia yang tidak bernyawa yang tidak melihat perbuatan ganas mereka atau mendengar racauan bangga mereka. Sebenarnya, setiap fikiran mereka diketahui oleh Hakim bumi ini. Allah sahajalah yang boleh menghukum orang yang jahat, namun, Dia mencari orang yang akan bangkit menentang kejahatan dan mengisytiharkan kehidupan yang benar dan kebenaran. Setiap orang yang jahat akan dibinasakan, dan setiap kejahatan akan diadili bila Yesus datang semula.
Bagaimana saya harus memberikan respons?
Hidup di dunia yang berkelakuan seolah-olah Allah tidak wujud, tidak melihat, atau tidak mengambil berat tentang manusia mungkinlah mengecewakan. Masyarakat kita bukan sahaja tidak mempedulikan dosa yang teruk malah membenarkannya di sisi undang-undang dan mengganjarnya. Anda mungkin menjadi sangat kecewa sehinggakan anda bersedia untuk mengasingkan diri dengan orang percaya yang lain sementara menunggu Yesus untuk datang semula dan membetulkan semua kesalahan. Walau bagaimanapun, Allah mencari orang percaya yang rela mengucapkan kebenaran dengan berani dan penyayang sementara masih ada masa untuk orang berbalik kepada Dia. Apakah kejahatan dunia ini yang menyedihkan hati anda? Bagaimanakah anda boleh bangkit menentang kejahatan hari ini dan mengisytiharkan kebenaran Kitab Suci?
Kitab
Perihal Pelan

Mazmur merupakan koleksi sajak dan lagu yang ditulis lebih daripada 1,000 tahun lalu. Sementara Mazmur mengandungi pujian yang girang dan ratapan yang menyedihkan, seluruh kitab itu bersaksi tentang kasih Allah yang setia terhadap umat-Nya dalam setiap keadaan. Sebagai teras penyembahan Perjanjian Lama, setiap mazmur menjangka kemuncak pujian Allah dalam kematian dan kebangkitan Yesus Kristus.
More
Pelan yang Berkaitan

Terpilih - Mendedahkan Wanita dalam Kristus

Serahkanlah Segala Kekhuatiran Kamu

Mengasihi dan Terus Mengasihi

Benih: Apa dan Mengapa

Dimeterai - Bahagian 1

Apakah Tujuan Saya? Belajar Mengasihi Allah dan Mengasihi Orang Lain

Anthem:Kasih Kurnia dalam Cerita Hidup Anda

Bangkitlah dan Bersinarlah

Sukacita untuk Perjalanan: Menemui Harapan di Tengah-tengah Dugaan
