Penyembahan: Kajian MazmurSampel
Apakah yang dikatakan?
Disebabkan Allah itu abadi, seribu tahun seperti sehari bagi-Nya. Musa ingin hidup secara bijak dan mengalami kasih Allah untuk sepanjang hayatnya.
Apakah maksudnya?
Mazmur 90 membuka Kitab Keempat Mazmur, yang bermula dengan lagu tentang waktu yang dihabiskan oleh Israel untuk merayau-rayau di tanah gersang. Disebabkan oleh pemberontakan mereka, Allah enggan membenarkan sesiapa yang berumur lebih daripada 20 tahun untuk memasuki Tanah Perjanjian (Bil 13-14). Semua dosa mereka didedahkan di hadapan Tuhan. Mereka berkelana selama 40 tahun, melihat setiap orang dewasa mati. Musa inginkan perspektif abadi Allah tentang cara menghabiskan hayatnya di bumi ini. Merayau-rayau di tanah gersang pun membawa kepuasan dan sukacita jika kasih dan belas kasihan menaungi mereka.
Bagaimana saya harus memberikan respons?
Hidup ini tidak kekal, dan banyak masanya dipenuhi cabaran, kesusahan, dan keremukan. Meskipun demikian, anda boleh menjalankan hidup yang memuaskan jika anda menjalankan setiap hari dengan perspektif abadi Allah. Dia melihat hidup anda daripada mula sampai akhir dan mengetahui bagaimana setiap cebisan hidup anda memadani tujuan-Nya. Tiada apa-apa yang anda katakan atau lakukan tersembunyi daripada Dia—membaca Firman-Nya mengajar anda untuk hidup secara bijak dan baik supaya anda boleh menjalankan setiap hari untuk menyenangkan hati-Nya. Semasa anda belajar mempercayai Allah, anda akan menemui kepuasan yang kekal dalam kasih-Nya, walau apa pun yang menimpa anda. Walau berapa tahun pun anda hidup, masa itu ditandakan hari demi hari. Adakah anda akan hidup secara bijak dan baik hari ini?
Kitab
Perihal Pelan
Mazmur merupakan koleksi sajak dan lagu yang ditulis lebih daripada 1,000 tahun lalu. Sementara Mazmur mengandungi pujian yang girang dan ratapan yang menyedihkan, seluruh kitab itu bersaksi tentang kasih Allah yang setia terhadap umat-Nya dalam setiap keadaan. Sebagai teras penyembahan Perjanjian Lama, setiap mazmur menjangka kemuncak pujian Allah dalam kematian dan kebangkitan Yesus Kristus.
More