Penyembahan: Kajian MazmurSampel

Worship: A Study in Psalms

HARI 60 DARIPADA 106

Apakah yang dikatakan?

Asaf menegaskan kepentingan mengajar generasi akan datang tentang Tuhan.

Apakah maksudnya?

Ini merupakan mazmur pengajaran. Pemazmur mengarahkan kita untuk belajar daripada masa silam dan mengajar orang lain. Setiap generasi bertanggungjawab mengajar anak mereka tentang apa yang telah dipelajari tentang Tuhan. Anak yang diajar untuk menyedari bahawa tangan Allah sedang bekerja di dunia ini belajar mempercayai kuasa-Nya. Anak yang diajar tentang Hukum-Nya cenderung mengikuti perintah-Nya. Jika kebenaran ini tidak tertanam dalam kanak-kanak sejak muda, mereka akan menurut sifat berdosa mereka, melupakan apa yang telah dilakukan oleh Allah, dan enggan mentaati Dia. Asaf membuktikan ini dengan mengisahkan sejarah panjang tentang pemberontakan Israel terhadap Tuhan.

Bagaimana saya harus memberikan respons?

Sebagai ibu bapa, kita menunjukkan kepada anak kita sejak kecil bagaimana memberus gigi, mengingatkan mereka untuk memakan sayur, mendaftarkan mereka untuk pelbagai kelas, dan memandu membawa mereka ke acara sukan yang tidak henti-henti. Namun, antara semua perkara yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk anak mereka, tiada yang lebih penting daripada mengajar mereka tentang kebenaran berkenaan Allah. Membawa mereka ke gereja yang mempercayai Alkitab adalah penting, tetapi kebenaran tersebut mesti disokong oleh arahan praktikal dalam kehidupan harian dan teladan mempercayai Tuhan serta mentaati Firman-Nya. Apakah yang dipelajari oleh anak dan cucu anda tentang Tuhan dengan memandang dan mendengar anda? Sedarilah waktu boleh didik pada hari ini. Beritahu mereka tentang cara Allah telah menjaga keluarga anda pada masa lalu. Tunjukkan mereka apa yang dinyatakan dalam Alkitab tentang isu yang dihadapi mereka di sekolah dan dengan kawan, kemudian berdoa bersama dengan mereka tentang semua perkara ini. Jika anda tidak menekankan kepercayaan anda dalam hati mereka, dunia akan berbuat demikian.

Hari 59Hari 61

Perihal Pelan

Worship: A Study in Psalms

Mazmur merupakan koleksi sajak dan lagu yang ditulis lebih daripada 1,000 tahun lalu. Sementara Mazmur mengandungi pujian yang girang dan ratapan yang menyedihkan, seluruh kitab itu bersaksi tentang kasih Allah yang setia terhadap umat-Nya dalam setiap keadaan. Sebagai teras penyembahan Perjanjian Lama, setiap mazmur menjangka kemuncak pujian Allah dalam kematian dan kebangkitan Yesus Kristus.

More

Kami berterima kasih kepada Thomas Road Baptist Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.trbc.org