Penyembahan: Kajian MazmurSampel

Worship: A Study in Psalms

HARI 64 DARIPADA 106

Apakah yang dikatakan?

Pemazmur ingin sekali berada di rumah Allah yang hidup, yang memberkati orang yang mempercayai-Nya. Ia meminta Allah untuk menghidupkan semula umat-Nya, menunjukkan kasih-Nya yang berterusan dan memberikan keselamatan.

Apakah maksudnya?

Mazmur hari ini memberikan wawasan tentang cara umat Allah harus memberikan respons terhadap sifat-Nya. Membaca bab-bab ini dalam tertib yang terbalik memberikan perspektif yang menarik. Penulis Mazmur 85 berasa amat bersyukur kerana pengampunan, kasih dan kesetiaan Allah, tetapi ia juga memahami bahawa kebenaran Allah menuntut pengadilan dosa. Pemulihan menghendaki pertaubatan. Sekarang, lihatlah Mazmur 84. Apabila umat Allah hidup untuk menyenangkan hati-Nya bukan diri sendiri, mereka teringin untuk menyembah di rumah-Nya. Memuji Allah dengan penyembah yang lain menghidupkan semula semangat pemazmur dan menguatkannya untuk mempercayai Tuhan. Memberikan respons ketaatan kepada sifat benar dan kudus Allah bermaksud hidup di bawah berkat-Nya bukan kemurkaan-Nya.

Bagaimana saya harus memberikan respons?

Masyarakat kita telah mengurangkan Allah kepada beberapa sifat seperti kasih, belas kasihan, dan kebaikan. Sudah menjadi boleh terima dari segi budaya untuk mencipta Allah yang anda ingin percayai asalkan anda mentoleransi pandangan orang lain. Walau bagaimanapun, toleransi itu tidak meliputi pandangan Kristian Yahudi. Masalah falsafah ini ialah sifat Allah yang tidak berubah-ubah. Dia sekudus dan sebenar sekarang seperti dahulu. Adakah pandangan anda tentang Allah termasuk seluruh sifat-Nya ataupun sifat yang anda rasa menyenangkan sahaja? Hidup berserah kepada Allah yang sebenarnya akan membuat anda teringin untuk menyenangkan hati-Nya dan memuji-Nya dengan orang percaya yang lain. Semasa anda membaca Alkitab, mintalah Allah untuk membetulkan sebarang salah tanggapan anda tentang Dia.

Hari 63Hari 65

Perihal Pelan

Worship: A Study in Psalms

Mazmur merupakan koleksi sajak dan lagu yang ditulis lebih daripada 1,000 tahun lalu. Sementara Mazmur mengandungi pujian yang girang dan ratapan yang menyedihkan, seluruh kitab itu bersaksi tentang kasih Allah yang setia terhadap umat-Nya dalam setiap keadaan. Sebagai teras penyembahan Perjanjian Lama, setiap mazmur menjangka kemuncak pujian Allah dalam kematian dan kebangkitan Yesus Kristus.

More

Kami berterima kasih kepada Thomas Road Baptist Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.trbc.org