Penyembahan: Kajian MazmurSampel
Apakah yang dikatakan?
Allah akan menghakimi dunia ini. Asaf berseru kepada Tuhan agar tidak membisu atau berdiam diri tetapi menyatakan diri-Nya sebagai Tuhan Yang Maha Tinggi.
Apakah maksudnya?
Mazmur ini menandakan dua ancaman terhadap umat Allah – satu ancaman dalaman dan satu ancaman luaran. Hakim yang mengetuai orang Israel menindas golongan miskin dan tidak menjalankan keadilan, lalu menggoncangkan dasar masyarakat Yahudi dari dalam. Mazmur 83 beralih kepada ancaman luaran yang besar – campuran bangsa yang ingin menghapuskan Israel. Kedua-dua ancaman tersebut membimbangkan pemazmur ini, yang berdoa dengan terperinci tentang setiap ancaman dan menyatakan keupayaan unik Allah untuk menyelamatkan mereka. Dia sahajalah yang boleh menjalankan keadilan sempurna dan memerintah dunia secara benar. Dua mazmur ini mengharapkan hari apabila Kristus akan kembali sebagai Hakim dan Raja.
Bagaimana saya harus memberikan respons?
Dunia yang kita diami ini mempunyai pelbagai ancaman. Penjenayah mencuri identiti kita, pemimpin yang tidak berakhlak merampas keadilan, dan pengganas merampas ketenangan fikiran kita. Sesungguhnya susah untuk menjangkakan masa depan dengan berharapan jika keyakinan anda berdasarkan sesuatu atau seseorang selain daripada Kristus. Hanya Yesus – Hakim dan Raja yang benar – boleh memberikan anda ketenangan fikiran semasa anda menghadapi setiap hari anda. Berapa kerap anda membawa kekhuatiran peribadi anda kepada Tuhan dalam doa? Berdoa secara khusus memakan masa, tetapi Allah mengambil berat tentang setiap perincian yang membebani anda. Apakah ancaman terhadap ketenangan fikiran anda yang perlu diserahkan kepada-Nya sekarang ini?
Perihal Pelan
Mazmur merupakan koleksi sajak dan lagu yang ditulis lebih daripada 1,000 tahun lalu. Sementara Mazmur mengandungi pujian yang girang dan ratapan yang menyedihkan, seluruh kitab itu bersaksi tentang kasih Allah yang setia terhadap umat-Nya dalam setiap keadaan. Sebagai teras penyembahan Perjanjian Lama, setiap mazmur menjangka kemuncak pujian Allah dalam kematian dan kebangkitan Yesus Kristus.
More