Penyembahan: Kajian MazmurSampel
Apakah yang dikatakan?
Asaf mengisytiharkan kebesaran Allah, yang telah menyelamatkan Israel daripada musuhnya. Mengingati perbuatan Tuhan, ia meminta Allah agar berbelas kasihan terhadap Israel lagi.
Apakah maksudnya?
Semasa waktu yang baik mahupun susah, Asaf berdoa kepada Allah, memuji pekerjaan dan sifat-Nya. Dalam Mazmur 76, Asaf meraikan kebesaran Allah selepas menewaskan tentera musuh, berkemungkinan penewasan orang Asyur tanpa pertempuran orang Israel (2 Taw 32:16-23). Dalam Mazmur 77, Asaf rasa Tuhan telah lupa tentang mereka. Pada malam ia tidak dapat tidur, ia memikirkan penyelamatan lalu Allah. Ia melupakan dilema semasa dan menumpukan perhatian pada kebesaran Allah yang membawa penghiburan. Keadaannya telah berubah, tetapi Allahnya tidak berubah.
Bagaimana saya harus memberikan respons?
Mazmur hari ini mencerminkan realiti hidup – setiap orang mengalami masa senang dan masa susah. Hidup ini rasa seperti roller coaster jika pandangan anda terikat pada emosi anda. Apabila segala sesuatu di sekeliling anda sentiasa berubah-ubah, Yesus kekal tidak berubah, sauh jiwa anda yang tetap. Adakah anda sedang mengalami masa yang senang dan tenang sekarang ini? Berdoalah dan memuji Tuhan. Adakah anda mengalami malam yang gelap dan tidak lelap tidur? Berdoalah dan membenarkan kehadiran Allah dan pemeliharaan masa lampau untuk menghiburkan hati dan fikiran anda. Dia menyelamatkan anda sebelum ini, Dia akan melakukannya lagi! Puji Tuhan!
Perihal Pelan
Mazmur merupakan koleksi sajak dan lagu yang ditulis lebih daripada 1,000 tahun lalu. Sementara Mazmur mengandungi pujian yang girang dan ratapan yang menyedihkan, seluruh kitab itu bersaksi tentang kasih Allah yang setia terhadap umat-Nya dalam setiap keadaan. Sebagai teras penyembahan Perjanjian Lama, setiap mazmur menjangka kemuncak pujian Allah dalam kematian dan kebangkitan Yesus Kristus.
More