Penyembahan: Kajian MazmurSampel
Apakah yang dikatakan?
Asaf meratapi keadaan Yerusalem yang menyedihkan. Ia mengenang kembali perbuatan Allah pada masa lampau dan berseru kepada Dia untuk menyelamatkan umat-Nya.
Apakah maksudnya?
Asaf bingung. Yerusalem telah diserang dan rumah ibadat dimusnahkan. Allah seolah-olahnya telah menolak umat-Nya. Dia tidak lagi bercakap dengan mereka secara lembut sebagai Gembala tetapi membenarkan layanan yang tidak ada belas kasihan daripada musuh sebagai pengadilan-Nya terhadap dosa mereka. Walau bagaimanapun, Asaf masih mempercayai Allah, yakin bahawa Tuhan boleh, dan akan, menggulingkan musuh mereka. Allah berkuasa. Dia memerintah alam semula jadi, maka Dia pastinya berupaya menyelamatkan umat-Nya. Asaf meminta Allah untuk mengingati janji-Nya kepada Israel. Memandangkan Allah mengadili dosa umat-Nya, Dia pasti akan menghukum kejahatan musuh mereka.
Bagaimana saya harus memberikan respons?
Biasanya, kita fikir Allah ialah bapa yang baik atau gembala yang lemah lembut, tetapi kita tidak suka memikirkan kenyataan bahawa Dia jugalah seorang hakim. Allah memiliki kuasa muktamad. Dia menganggap setiap orang bertanggungjawab terhadap tindakan mereka terhadap Dia dan orang lain. Petikan hari ini memberikan wawasan tentang kata-kata dalam Ibrani 10:31: “Sungguh dahsyatnya jatuh ke tangan Allah yang hidup!" Sementara kata-kata ini menakutkan, kita harus ingat bahawa pengadilan Allah diringankan dengan belas kasihan. Apabila kita memikirkan belas kasihan Allah, kita menemui Allah yang mengatasi dosa kita dan kegagalan kita dengan korban Anak-Nya di tempat kita. Suatu hari nanti, Allah akan mengadili kejahatan dunia, tetapi jika anda telah menerima hadiah keselamatan-Nya, anda tidak perlu takut akan Dia sebagai Hakim anda. Anda boleh memandang Allah sebagai Bapa syurgawi anda yang penyayang dan Anak-Nya sebagai Gembala anda yang lemah lembut.
Perihal Pelan
Mazmur merupakan koleksi sajak dan lagu yang ditulis lebih daripada 1,000 tahun lalu. Sementara Mazmur mengandungi pujian yang girang dan ratapan yang menyedihkan, seluruh kitab itu bersaksi tentang kasih Allah yang setia terhadap umat-Nya dalam setiap keadaan. Sebagai teras penyembahan Perjanjian Lama, setiap mazmur menjangka kemuncak pujian Allah dalam kematian dan kebangkitan Yesus Kristus.
More