Penyembahan: Kajian MazmurSampel

Worship: A Study in Psalms

HARI 56 DARIPADA 106

Apakah yang dikatakan?

Raja akan mengadili umat, membela orang yang menderita, memerintah bangsa, membebaskan orang yang susah, dan menyelamatkan orang yang tertindas. Nama-Nya akan kekal, dan Dia akan memberkati seluruh bumi.

Apakah maksudnya?

Difikirkan bahawa Daud menulis mazmur ini sebagai doa untuk Salomo, raja Israel yang akan datang. Ia meminta Allah untuk memberkati anaknya dan kerajaannya dengan kebenaran dan keadilan kudus. Sifat doa Daud menggambarkan pemerintah yang berbelas kasihan, yang membawa keselamatan dan kemakmuran kepada kerajaan dan seluruh dunia. Pemerintahan dan kerajaan seperti itu akan memuliakan Tuhan dan mengangkat pujian kepada Allah. Sebijak dan sekaya Salomo pun, ia tidak mungkin menjadi seperti pemimpin ideal yang digambarkan dalam doa bapanya. Hanya Anak Daud yang lebih hebat, Yesus, akan memenuhi nubuatan Raja lantikan Allah yang adil dan benar ini. Semasa kedatangan pertama Yesus, Dia menjaga orang yang miskin, serba kekurangan, dan tertindas. Dia akan kembali dengan berkuasa untuk membebaskan pengikut-Nya dan memerintah bumi ini, menyebabkan semua orang di setiap negeri untuk memuji nama-Nya yang mulia.

Bagaimana saya harus memberikan respons?

Bagaimanakah anda pernah mengalami belas kasihan Kristus? Adakah Dia berbelas kasihan terhadap anda semasa anda serba kekurangan atau membela anda semasa lemah? Yesus datang kepada kita dengan kebaikan hati dan belas kasihan, berupaya untuk menyelamatkan dan memberikan sokongan. Jika kita telah menerima belas kasihan-Nya, kita harus berbelas kasihan juga. Tidak banyak orang akan menolak kebaikan hati orang lain. Bagaimanakah anda boleh menolong seseorang pada minggu ini? Perkara yang dapat kita lakukan, harus dilakukan. Hari ini, berharaplah pada keadilan Raja kita dan berkongsi rahmat dan belas kasihan-Nya dengan seseorang.

Hari 55Hari 57

Perihal Pelan

Worship: A Study in Psalms

Mazmur merupakan koleksi sajak dan lagu yang ditulis lebih daripada 1,000 tahun lalu. Sementara Mazmur mengandungi pujian yang girang dan ratapan yang menyedihkan, seluruh kitab itu bersaksi tentang kasih Allah yang setia terhadap umat-Nya dalam setiap keadaan. Sebagai teras penyembahan Perjanjian Lama, setiap mazmur menjangka kemuncak pujian Allah dalam kematian dan kebangkitan Yesus Kristus.

More

Kami berterima kasih kepada Thomas Road Baptist Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.trbc.org