Penyembahan: Kajian MazmurSampel
Apakah yang dikatakan?
Daud berseru kepada Allah untuk mewajarkan dan melindunginya semasa tua.
Apakah maksudnya?
Wujudnya jangkaan tersembunyi sepanjang doa Daud dalam petikan ini bahawa Allah akan menjawab dan menyelamatkannya daripada masalahnya. Keyakinan Daud bahawa Allah akan bertindak adil untuk melindungi dan menyelamatkannya timbul daripada berjalan dengan Allah sepanjang hayatnya. Ia belajar mempercayai Tuhan semasa muda, mengalami kesetiaan Allah sepanjang zaman, dan mengkhabarkan Allah sebagai pembelanya semasa tua. Sifat Allah terbukti boleh dipercayai berulang kali. Daud bergantung pada Allah untuk pembebasan, yakin bahawa Dia tidak akan gagal.
Bagaimana saya harus memberikan respons?
Anda mungkin sudah hidup cukup lama untuk mengetahui bahawa hidup ini terdiri daripada kemenangan dan kesusahan. Jika anda mengikuti Yesus sejak muda, fikirlah tentang masa Dia telah menolong anda. Jika anda mempercayai Dia bila lebih berusia, anda mungkin baru mendapat tahu bahawa Allah itu boleh dipercayai dalam apa jua keadaan. Walau apa pun peringkat hidup anda sekarang ini, mengembangkan pola bersandar pada Allah akan memberikan anda keyakinan dalam sifat-Nya apabila keadaan tidak berjalan seperti rancangan anda. Apakah yang anda hadapi sekarang ini – kesusahan atau kemenangan? Allah setia, dan anda boleh bergantung pada Dia. Adakah anda akan mempercayai Bapa syurgawi anda yang setia dengan kesusahan hari ini?
Perihal Pelan
Mazmur merupakan koleksi sajak dan lagu yang ditulis lebih daripada 1,000 tahun lalu. Sementara Mazmur mengandungi pujian yang girang dan ratapan yang menyedihkan, seluruh kitab itu bersaksi tentang kasih Allah yang setia terhadap umat-Nya dalam setiap keadaan. Sebagai teras penyembahan Perjanjian Lama, setiap mazmur menjangka kemuncak pujian Allah dalam kematian dan kebangkitan Yesus Kristus.
More