Penyembahan: Kajian MazmurSampel

Apakah yang dikatakan?
Daud meminta Allah untuk menyelamatkannya daripada serangan dan hinaan musuhnya yang berterusan.
Apakah maksudnya?
Tidaklah pasti bila Daud menulis mazmur ini, tetapi kesusahannya adalah amat sangat sehinggakan ia berasa lemas. Berhadapan dengan musuh yang membencinya tanpa sebab yang nyata, Daud mendekati Allah untuk pertolongan. Doanya menggambarkan keseksaannya dengan terperinci, tetapi semasa ia berseru kepada Allah untuk menjustifikasikan dan membelanya, sesuatu yang menarik terjadi – ia menemui keyakinan bahawa Allah berkuasa. Kesedaran itu membanjirinya dengan kerendahan hati dalam kuasa Allah. Pada ketika itu, doa Daud yang menyakitkan hati menjadi lagu pujian. Pertolongannya datang daripada Tuhan, yang menepati janji-Nya.
Bagaimana saya harus memberikan respons?
Kebanyakan orang mengalihkan perhatian kepada Allah semasa susah. Kita berdoa dengan terperinci tentang masalah kita, memberitahu Allah apa yang kita mahu Dia untuk lakukan. Namun, terlalu kerap, kita bangkit daripada doa kita sebelum mencapai kerendahan hati seperti yang dilakukan oleh Daud dalam petikan hari ini. Berdoa dengan kerendahan hati menghendaki pengakuan bahawa Allah tahu cara menguruskan keadaan kita lebih daripada diri kita. Kita perlu melepaskan kawalan. Allah sudah sedar akan situasi anda sebelum anda mula berdoa, tetapi semasa anda merendahkan hati di hadapan Tuhan, sesuatu yang berkuasa berlaku – kesakitan peribadi boleh menjadi sebab untuk memuji Allah, satu-satunya peribadi yang boleh menjustifikasikan dan menghiburkan anda. Adakah anda akan mengakui kuasa Allah secara rendah hati ke atas hidup anda dan mempercayai-Nya, meskipun ketika keadaan yang paling susah?
Kitab
Perihal Pelan

Mazmur merupakan koleksi sajak dan lagu yang ditulis lebih daripada 1,000 tahun lalu. Sementara Mazmur mengandungi pujian yang girang dan ratapan yang menyedihkan, seluruh kitab itu bersaksi tentang kasih Allah yang setia terhadap umat-Nya dalam setiap keadaan. Sebagai teras penyembahan Perjanjian Lama, setiap mazmur menjangka kemuncak pujian Allah dalam kematian dan kebangkitan Yesus Kristus.
More
Pelan yang Berkaitan

Benih: Apa dan Mengapa

Apakah Tujuan Saya? Belajar Mengasihi Allah dan Mengasihi Orang Lain

Anthem:Kasih Kurnia dalam Cerita Hidup Anda

Sukacita untuk Perjalanan: Menemui Harapan di Tengah-tengah Dugaan

Bangkitlah dan Bersinarlah

Mengasihi dan Terus Mengasihi

Menyerahkan Usaha Anda kepada Tuhan

Terpilih - Mendedahkan Wanita dalam Kristus

Serahkanlah Segala Kekhuatiran Kamu
