Penyembahan: Kajian MazmurSampel

Worship: A Study in Psalms

HARI 45 DARIPADA 106

Apakah yang dikatakan?

Daud menuduh pemerintah kerana ketidakadilan dan keganasan serta menyatakan kepercayaan dalam kepastian pengadilan Allah.

Apakah maksudnya?

Daud menggunakan gambaran yang mengejutkan untuk menerangkan kemarahannya tentang ketidakadilan pemerintah Israel yang diperhatikannya. Namun, bukanlah kesalahan terhadap dirinya secara peribadi yang menyebabkannya berseru kepada Allah agar membalas dendam; tetapi kesalahan mereka terhadap Allah Israel yang kudus. Daud marah kerana perkara yang betul – kejahatan dan kekejaman. Ia sedar bahawa Allah akan mengadili orang yang jahat kelak, tetapi ia merindukan kebenaran Allah untuk memerintah ke atas bangsanya semasa ia masih hidup di dunia ini.

Bagaimana saya harus memberikan respons?

Apakah yang membuat anda marah? Kita sering meradang kerana isu kecil yang menyinggung perasaan kita secara peribadi sementara berdiam berkenaan hal besar yang menyakitkan Tuhan. Bagaimanakah anda boleh menentang kejahatan dalam komuniti anda dan negara anda? Pertimbangkanlah untuk menyertai kumpulan yang melaksanakan perbezaan, seperti menjadi sukarelawan di pusat krisis kehamilan tempatan anda atau persatuan Ibu-ibu Menentang Pemanduan Mabuk. Hadiri pertemuan komuniti di mana anda boleh menyuarakan bantahan terhadap ordinans yang menentang ajaran alkitabiah. Jangan duduk-duduk sahaja dan menerima bahawa dunia kita makin merosot; marahlah tentang perkara yang betul dan bersuara!

Hari 44Hari 46

Perihal Pelan

Worship: A Study in Psalms

Mazmur merupakan koleksi sajak dan lagu yang ditulis lebih daripada 1,000 tahun lalu. Sementara Mazmur mengandungi pujian yang girang dan ratapan yang menyedihkan, seluruh kitab itu bersaksi tentang kasih Allah yang setia terhadap umat-Nya dalam setiap keadaan. Sebagai teras penyembahan Perjanjian Lama, setiap mazmur menjangka kemuncak pujian Allah dalam kematian dan kebangkitan Yesus Kristus.

More

Kami berterima kasih kepada Thomas Road Baptist Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.trbc.org