Penyembahan: Kajian MazmurSampel

Apakah yang dikatakan?
Daud merindukan Allah seperti tubuh haus akan air. Ia mempercayai Allah untuk menyelamatkannya daripada musuhnya dan serangan mereka yang bersifat fitnah.
Apakah maksudnya?
Daud melarikan diri lagi, bersembunyi di tanah gersang. Sementara ia menderita kerana kekurangan makanan yang baik dan air yang banyak, kekurangan yang paling sukar ialah ketidakupayaannya menyembah Allah di rumah Tuhan. Ia merindukan peluang untuk menaikkan pujian kepada Tuhan dalam komuniti umat Allah. Keinginan Daud untuk berada dalam hadirat Allah mendorongnya untuk berdoa, berseru kepada Allah untuk perlindungan dan pembebasan. Daud menemui penghiburan, harapan dan kelegaan dalam hadirat Allah meskipun di tanah gersang.
Bagaimana saya harus memberikan respons?
Apakah pengalaman susah yang menyebabkan anda berasa bersendirian? Apabila anda mengalami waktu seperti itu, ikutlah contoh Daud dan berfikir tentang Allah. Hadirat-Nya bagaikan mata air yang menyegarkan dan harapan serta rehat. Keadaan mungkin susah, dan musuh anda mungkin agresif dan menindas, tetapi pemeliharaan Allah adalah lebih hebat. Adakah anda mengalami serangan peribadi atau terasing daripada keluarga gereja anda? Anda tidak bersendirian; Allah boleh membawa kemenangan, jadi berehatlah dan berharap pada Dia.
Perihal Pelan

Mazmur merupakan koleksi sajak dan lagu yang ditulis lebih daripada 1,000 tahun lalu. Sementara Mazmur mengandungi pujian yang girang dan ratapan yang menyedihkan, seluruh kitab itu bersaksi tentang kasih Allah yang setia terhadap umat-Nya dalam setiap keadaan. Sebagai teras penyembahan Perjanjian Lama, setiap mazmur menjangka kemuncak pujian Allah dalam kematian dan kebangkitan Yesus Kristus.
More
Pelan yang Berkaitan

Apakah Tujuan Saya? Belajar Mengasihi Allah dan Mengasihi Orang Lain

Sukacita untuk Perjalanan: Menemui Harapan di Tengah-tengah Dugaan

Anthem:Kasih Kurnia dalam Cerita Hidup Anda

Menyerahkan Usaha Anda kepada Tuhan

Bangkitlah dan Bersinarlah

Mengasihi dan Terus Mengasihi

Serahkanlah Segala Kekhuatiran Kamu

Benih: Apa dan Mengapa

Terpilih - Mendedahkan Wanita dalam Kristus
