Penyembahan: Kajian MazmurSampel

Worship: A Study in Psalms

HARI 49 DARIPADA 106

Apakah yang dikatakan?

Jiwa Daud senyap hening menantikan Allah, yang boleh dipercayai.

Apakah maksudnya?

Mazmur ini mendedahkan keyakinan Daud dalam kebolehpercayaan Allah meskipun orang menyerangnya atau meninggalkannya. Daud amat yakin dalam keupayaan Allah untuk menyelamatkannya sehinggakan ia tenang menantikan Allah untuk mencapai semua yang dijanjikan-Nya. Perkataan "menantikan" (BM) dan "kelegaan" (AVB) saling boleh tukar dari segi menemui keselamatan dalam Allah dan keupayaan-Nya. Kelegaan seperti ini merupakan penyerahan penuh jangkaan, yang menghasilkan harapan dan boleh ditemui dengan mempercayai Allah sahaja. Maksud Daud adalah mudah: Allah boleh dipercayai untuk menyelesaikan apa yang dimulakan oleh-Nya.

Bagaimana saya harus memberikan respons?

Kebanyakan daripada kita tidak menggunakan perkataan "menantikan" atau "kelegaan" sebagai sinonim. Contohnya, kita benci berbaris di kedai runcit, tetapi kita menantikan percutian di pantai sebagai tempoh yang melegakan. Mazmur hari ini mengingatkan kita bahawa walaupun keadaan tidak berjalan lancar, kita boleh menemui kelegaan sebenar sementara menantikan Allah untuk melengkapkan rancangan-Nya. Apabila anda mendapati diri tidak sabar, pergilah terus kepada Allah. Luahkan hati anda kepada Dia. Dia sentiasa mendengar; Dia tidak pernah lambat atau tergesa-gesa dan Dia boleh dipercayai. Anda boleh yakin dalam Tuhan dan rancangan-Nya. Penantian tidak pernah mudah, tetapi harapan yang timbul daripada bergantung pada Allah memang berbaloi. Bertenang. Rehat. Bapa syurgawi anda menguasai segala sesuatu.

Hari 48Hari 50

Perihal Pelan

Worship: A Study in Psalms

Mazmur merupakan koleksi sajak dan lagu yang ditulis lebih daripada 1,000 tahun lalu. Sementara Mazmur mengandungi pujian yang girang dan ratapan yang menyedihkan, seluruh kitab itu bersaksi tentang kasih Allah yang setia terhadap umat-Nya dalam setiap keadaan. Sebagai teras penyembahan Perjanjian Lama, setiap mazmur menjangka kemuncak pujian Allah dalam kematian dan kebangkitan Yesus Kristus.

More

Kami berterima kasih kepada Thomas Road Baptist Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.trbc.org