Penyembahan: Kajian MazmurSampel
Apakah yang dikatakan?
Apabila hati Daud tertekan, ia berseru kepada Allah, pelindungnya. Ia berdoa agar Allah melanjutkan usia raja, melindunginya dengan kesetiaan dan kasih.
Apakah maksudnya?
Allah telah menjawab rayuan Daud untuk menyelamatkannya daripada pengkhianatan anak lelakinya, Absalom. Sekarang ini, Absalom sudah meninggal dunia, dan pemberontakan telah berakhir. Daud berasa lega dan sedih pada masa yang sama. Berjauhan dari rumahnya dan khemah yang didiami Allah, ia memerlukan dasar yang kukuh. Satu-satunya perkara yang menghiburkannya ialah fikiran tentang hadirat Allah. Daud menyedari bahawa hanya imam agung yang boleh memasuki hadirat Allah di Khemah Suci sekali setahun, namun ia ingin hidup di tempat yang dipenuhi kemuliaan Allah dan di mana belas kasihan-Nya ditunjukkan kepada umat-Nya. Semasa Daud menantikan kepulangannya ke Yerusalem, ia juga menantikan hari bila ia akan hidup selama-lamanya dalam hadirat Allah, menyembah dan melayani Tuhan di syurga.
Bagaimana saya harus memberikan respons?
Kita cenderung membuat anggapan tentang pelbagai perkara, termasuk orang tertentu – terutamanya jika kita mempunyai akses tetap terhadap semua itu. Kehadiran Allah yang berterusan dan kekal tidak terkecuali. Disebabkan kita hidup pada zaman selepas kedatangan Roh Kudus semasa Pentakosta, kita boleh menjalankan hidup sehari-hari dalam hadirat Tuhan. Allah bukan sahaja mendengar doa kita, tetapi penghiburan, kedamaian dan kekuatan-Nya hidup dalam setiap pengikut Kristus. Siapakah yang paling ingin anda dekati semasa tertekan, sakit hati, atau letih? Adakah anda menginginkan kehadiran Allah pada waktu tersebut? Jalanilah hari ini dengan kesedaran penuh syukur bahawa Dia sentiasa menyertai anda. Anda mempunyai akses langsung kepada Pencipta dan Penyelamat dunia ini; jangan membuat anggapan tentang itu.
Kitab
Perihal Pelan
Mazmur merupakan koleksi sajak dan lagu yang ditulis lebih daripada 1,000 tahun lalu. Sementara Mazmur mengandungi pujian yang girang dan ratapan yang menyedihkan, seluruh kitab itu bersaksi tentang kasih Allah yang setia terhadap umat-Nya dalam setiap keadaan. Sebagai teras penyembahan Perjanjian Lama, setiap mazmur menjangka kemuncak pujian Allah dalam kematian dan kebangkitan Yesus Kristus.
More