Penyembahan: Kajian MazmurSampel

Apakah yang dikatakan?
Daud meminta Allah untuk memulihkan umat-Nya dan menolong mereka menentang musuh mereka.
Apakah maksudnya?
Semasa Daud dan Yoab menentang dua musuh di bahagian utara, Edom melihat peluang untuk menyerang Yehuda dari bahagian selatan (2 Sam 8; 1 Taw 18). Mereka mempertahankan umat Allah dan menakluk tanah yang dijanjikan kepada keturunan Abraham oleh Allah, jadi Daud bingung mengapa Allah membenarkan mereka untuk menderita kerana serangan yang tidak dijangka di kawasan yang kelihatan stabil. Di tengah-tengah bencana kebangsaan itu, Daud berhenti untuk berdoa, berseru memohon kasih dan kedaulatan Allah ke atas semua bangsa. Mazmur pengajaran (miktam) dan ratapan ini menjadi sebahagian daripada penyembahan bersama Israel sebagai peringatan bahawa Allah ialah harapan dan pembela mereka, sama ada mereka menghadapi kekalahan ataupun mencapai kemenangan.
Bagaimana saya harus memberikan respons?
Melayani Yesus dengan setia tidak menjadikan kita imun daripada masalah. Anda mungkin berada di barisan hadapan – menjadi sukarela di gereja dan memberitahu orang lain tentang Kristus – apabila anda menghadapi anak yang memberontak atau halangan kewangan yang besar dengan tiba-tiba. Daripada bertanya, "Mengapa?" tukarlah soalan anda kepada, "Siapa?" Siapakah pembela anda? Siapakah yang menjadi tempat anda meluahkan harapan? Masalah akan terus melanda anda selama anda tinggal di dunia ini, maka janganlah cemas atau terperanjat. Bawalah setiap cabaran kepada Tuhan, yang mengasihi anda dan berkuasa sepenuhnya. Anda tidak dapat mengalami keterujaan kemenangan tanpa menghadapi pertempuran terlebih dahulu.
Kitab
Perihal Pelan

Mazmur merupakan koleksi sajak dan lagu yang ditulis lebih daripada 1,000 tahun lalu. Sementara Mazmur mengandungi pujian yang girang dan ratapan yang menyedihkan, seluruh kitab itu bersaksi tentang kasih Allah yang setia terhadap umat-Nya dalam setiap keadaan. Sebagai teras penyembahan Perjanjian Lama, setiap mazmur menjangka kemuncak pujian Allah dalam kematian dan kebangkitan Yesus Kristus.
More
Pelan yang Berkaitan

Apakah Tujuan Saya? Belajar Mengasihi Allah dan Mengasihi Orang Lain

Sukacita untuk Perjalanan: Menemui Harapan di Tengah-tengah Dugaan

Anthem:Kasih Kurnia dalam Cerita Hidup Anda

Menyerahkan Usaha Anda kepada Tuhan

Bangkitlah dan Bersinarlah

Mengasihi dan Terus Mengasihi

Serahkanlah Segala Kekhuatiran Kamu

Benih: Apa dan Mengapa

Terpilih - Mendedahkan Wanita dalam Kristus
