Penyembahan: Kajian MazmurSampel

Apakah yang dikatakan?
Daud memuji Allah sebagai Pemelihara segala yang baik, termasuk hasil tuaian yang cukup banyak untuk memelihara umat-Nya.
Apakah maksudnya?
Dalam mazmur tuaian ini, Daud bersyukur kepada Allah kerana kerja penebusan yang dilakukan-Nya terhadap umat-Nya melalui pelbagai perbuatan yang khusus: membalas doa, mengampunkan dosa, memberikan sukacita dan kepuasan, dan memberikan perlindungan serta peruntukan. Daud mengingatkan Israel bahawa Allah boleh melakukan semua ini kerana Dia berkuasa dan berbelas kasihan. Allah telah mencipta gunung; Dia menenangkan laut; Dia membawa hujan dan mengairi bumi serta memberikan hasil tanaman yang banyak. Setiap orang terhutang budi terhadap Allah kerana berkat ini. Allah ialah Penyelamat dan Pembela dunia yang patut dipuji dan dipercayai oleh semua orang.
Bagaimana saya harus memberikan respons?
Apakah reaksi anda apabila sumber anda kelihatan tipis? Adakah anda bimbang? Apabila anda berasa bimbang, fikirlah apa yang telah dicipta dan dilakukan oleh Allah. Allah memberikan apa yang tidak mungkin dicapai oleh kita dengan memberikan apa yang paling disayang-Nya – Anak tunggal-Nya – yang melalui kematian dan kebangkitan-Nya kita dijadikan anak Allah. Allah yang sama ini, Pencipta dan kuasa yang muktamad ke atas segala sesuatu yang wujud terus memelihara kita. Jika Dia boleh melakukan semua ini, sudah tentu Dia boleh menyediakan keperluan harian kita. Percayalah Dia; Dia berupaya dan patut disanjung. Dia tidak akan gagal.
Kitab
Perihal Pelan

Mazmur merupakan koleksi sajak dan lagu yang ditulis lebih daripada 1,000 tahun lalu. Sementara Mazmur mengandungi pujian yang girang dan ratapan yang menyedihkan, seluruh kitab itu bersaksi tentang kasih Allah yang setia terhadap umat-Nya dalam setiap keadaan. Sebagai teras penyembahan Perjanjian Lama, setiap mazmur menjangka kemuncak pujian Allah dalam kematian dan kebangkitan Yesus Kristus.
More
Pelan yang Berkaitan

Benih: Apa dan Mengapa

Apakah Tujuan Saya? Belajar Mengasihi Allah dan Mengasihi Orang Lain

Anthem:Kasih Kurnia dalam Cerita Hidup Anda

Sukacita untuk Perjalanan: Menemui Harapan di Tengah-tengah Dugaan

Bangkitlah dan Bersinarlah

Mengasihi dan Terus Mengasihi

Menyerahkan Usaha Anda kepada Tuhan

Terpilih - Mendedahkan Wanita dalam Kristus

Serahkanlah Segala Kekhuatiran Kamu
