Penyembahan: Kajian MazmurSampel

Apakah yang dikatakan?
Daud takut akan orang yang memburunya, jadi ia meminta agar Allah berbelas kasihan, mempercayai bahawa Allah akan memenuhi tujuan-Nya bagi dirinya, dan memuji Tuhan dengan nyanyian lagu.
Apakah maksudnya?
Daud menghadapi situasi yang mengancam hidupnya secara berturut-turut sepanjang pelarian dirinya daripada Saul. Dalam Mazmur 56, Daud ialah orang tawanan orang Filistin (2 Sam 21), dan dalam Mazmur 57, ia bersembunyi di dalam gua daripada orang buah Saul. Ancaman luar menimbulkan pergelutan dalaman menentang ketakutan yang berterusan. Terletak di antara frasa "Ketika aku takut" dan "Aku tidak takut" ialah kunci yang membolehkan Daud untuk meneruskan hidupnya – ia mempercayai Allah. Ia dengan sedar memilih untuk mempercayai Tuhan untuk memenuhi tujuan-Nya bagi hidupnya. Ia menumpukan perhatiannya pada menjalankan hidup yang menyenangkan hati Allah, yang kasih dan kesetiaan-Nya memelihara Daud sepanjang setiap pengalaman pahit yang menakutkan. Bagaimana Daud mungkin tidak memuji Allah yang Maha Tinggi?
Bagaimana saya harus memberikan respons?
Ada kalanya hidup ini rasa seperti satu siri krisis yang tidak berhujung. Anda mungkin baru mengatasi isu kewangan atau keluarga yang besar, tetapi kini berhadapan dengan penyakit atau kehilangan kerja. Setiap krisis memberikan peluang untuk mempercayai Allah dalam cara yang baru. Apakah ketakutan yang sedang dihadapi? Pertimbangkan bagaimana Tuhan mungkin menggunakan cabaran itu untuk membentuk dan menguatkan anda demi tujuan-Nya bagi hidup anda. Apabila anda merasakan ketakutan bertambah, katakan, "Saya mempercayai-Mu; Saya tidak takut". Ingatkan diri anda untuk berdoa apabila anda berasa bimbang dengan menuliskan ayat seperti Filipi 4:6 dan Mazmur 55:2 pada kad nota dan menempatkannya di tempat yang dapat dilihat dan mengulangi secara tetap. Anda boleh memilih untuk mempercayai dan memuji Allah hari ini – walau apa pun yang menimpa anda.
Perihal Pelan

Mazmur merupakan koleksi sajak dan lagu yang ditulis lebih daripada 1,000 tahun lalu. Sementara Mazmur mengandungi pujian yang girang dan ratapan yang menyedihkan, seluruh kitab itu bersaksi tentang kasih Allah yang setia terhadap umat-Nya dalam setiap keadaan. Sebagai teras penyembahan Perjanjian Lama, setiap mazmur menjangka kemuncak pujian Allah dalam kematian dan kebangkitan Yesus Kristus.
More
Pelan yang Berkaitan

Apakah Tujuan Saya? Belajar Mengasihi Allah dan Mengasihi Orang Lain

Sukacita untuk Perjalanan: Menemui Harapan di Tengah-tengah Dugaan

Anthem:Kasih Kurnia dalam Cerita Hidup Anda

Menyerahkan Usaha Anda kepada Tuhan

Bangkitlah dan Bersinarlah

Mengasihi dan Terus Mengasihi

Serahkanlah Segala Kekhuatiran Kamu

Benih: Apa dan Mengapa

Terpilih - Mendedahkan Wanita dalam Kristus
