Penyembahan: Kajian MazmurSampel
Apakah yang dikatakan?
Daud mendoakan pertolongan Allah terhadap orang yang tidak ada belas kasihan yang ingin membunuhnya. Ia menjadi tidak keruan kerana kawannya telah menjadi musuhnya.
Apakah maksudnya?
Kedua-dua mazmur ini menyatakan sengatan pengkhianatan. Doa Daud dalam Mazmur 54 menceritakan tentang orang Zif, yang meskipun tinggal dalam sempadan Yehuda – suku Daud – mengkhianatinya dua kali demi memenangi hati Saul (1 Sam 23:19-23; 26:1-3). Mazmur 55 pula ditulis kemudian tentang pengkhianatan yang lebih peribadi – pengkhianatan anak lelakinya Absalom dan kawan karibnya Ahitofel. Hidup Daud mungkin melencong kerana kepahitan dan balas dendam jika ia tidak mengalihkan tumpuannya daripada orang yang menyakitinya kepada Allah yang boleh menyelamatkannya. Ia bertekad untuk mempercayai Tuhannya yang setia, yang telah mendengar, menolong, dan memeliharanya. Ia memilih untuk memandang Allah dan memuji nama-Nya bukannya tenggelam dalam kekesalan.
Bagaimana saya harus memberikan respons?
Bolehkah anda mengaitkan diri dengan penderitaan pengkhianatan? Seorang rakan kerja mungkin memajukan kerjayanya dengan mengatakan perkara yang mencemarkan nama baik anda. Lebih teruk lagi, ahli keluarga atau kawan yang karib mengkhianati amanah anda. Apabila peristiwa tersebut mengubah rancangan hidup anda, kekecewaan mungkin bertukar menjadi kemarahan dan kepahitan jangka panjang. Adakah anda akan menyerahkan luka itu kepada Yesus sekarang ini? Dia mendengar doa anda dan Dia setia menolong dan memelihara anda, walau siapa pun yang mengkhianati anda.
Perihal Pelan
Mazmur merupakan koleksi sajak dan lagu yang ditulis lebih daripada 1,000 tahun lalu. Sementara Mazmur mengandungi pujian yang girang dan ratapan yang menyedihkan, seluruh kitab itu bersaksi tentang kasih Allah yang setia terhadap umat-Nya dalam setiap keadaan. Sebagai teras penyembahan Perjanjian Lama, setiap mazmur menjangka kemuncak pujian Allah dalam kematian dan kebangkitan Yesus Kristus.
More