Penyembahan: Kajian MazmurSampel

Worship: A Study in Psalms

HARI 42 DARIPADA 106

Apakah yang dikatakan?

Daud menempatkan semua harapannya dalam nama Tuhan, mempercayai bahawa Allah akan memusnahkan Doeg kerana ia suka akan kejahatan bukannya kebaikan, Allah akan membuat penjahat rasa malu.

Apakah maksudnya?

Doeg, orang Edom dan ketua gembala Saul, memberitahu raja bagaimana imam Abimelekh telah menolong Daud. Atas perintah Saul, Doeg telah membunuh 85 orang imam dan keluarga mereka sebagai hukuman (1 Sam 21-22). Sebaik sahaja Daud mendengar berita ini, ia menulis Mazmur 52, berseru kepada Allah agar membalas kejahatan itu. Memanglah penting untuk memerhatikan bahawa permintaan Daud bukanlah tindakan balas tetapi selaras dengan sifat Allah yang adil. Bab 53 mengukuhkan lagi kebenaran bahawa Allah membenci orang yang berbuat jahat dan akan mengadili perbuatan mereka. Suatu hari nanti, pemberontakan menentang Allah oleh orang yang melakukan kejahatan akan menghadapi keadilan-Nya.

Bagaimana saya harus memberikan respons?

Mengetahui cara berdoa adalah sukar apabila kita memerhatikan kedalaman kejahatan di dunia kita. Sebagai pengikut Kristus, kita diarahkan untuk mengasihi musuh kita, namun Roh Kudus dalam kita mendedahkan kemarahan benar Allah terhadap apa-apa yang tidak kudus. Bagaimanakah anda harus berdoa untuk musuh Allah? Anda yakin bahawa anda berdoa menurut kehendak-Nya jika anda berdoa berdasarkan sifat-Nya. Allah adalah adil; oleh itu, kita boleh berdoa agar keadilan Allah terlaksana. Allah jugalah penyayang dan berbelas kasihan, maka, kita boleh berdoa agar orang tersebut mengenali keselamatan yang dibawa oleh Yesus Kristus. Adakah anda akan menyerahkan balas dendam terhadap kejahatan yang anda perhatikan dan alami kepada Allah? Akhirnya, keadilan-Nya akan kekal.

Hari 41Hari 43

Perihal Pelan

Worship: A Study in Psalms

Mazmur merupakan koleksi sajak dan lagu yang ditulis lebih daripada 1,000 tahun lalu. Sementara Mazmur mengandungi pujian yang girang dan ratapan yang menyedihkan, seluruh kitab itu bersaksi tentang kasih Allah yang setia terhadap umat-Nya dalam setiap keadaan. Sebagai teras penyembahan Perjanjian Lama, setiap mazmur menjangka kemuncak pujian Allah dalam kematian dan kebangkitan Yesus Kristus.

More

Kami berterima kasih kepada Thomas Road Baptist Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.trbc.org