Lebih Berani: Menyelidiki Iman Berani Orang yang Tidak SempurnaSampel

Bolder: A Look at the Audacious Faith of Imperfect People

HARI 7 DARIPADA 7

Hari 7: Paulus

Pada hari 3 kita bercakap tentang keberanian Stefanus, mengkhabarkan berita baik Yesus walaupun perlu mengorbankan hidupnya. Ada seorang lelaki yang menyaksikan semua itu, memegang jubah orang yang membunuh Stefanus. Namanya ialah Saulus. Banyak orang yang biasa dengan Saulus kerana ia betul-betul berubah kerana pertemuan peribadi dengan Yesus yang mengubah namanya dan misi hidupnya serta mula berkhutbah untuk Yesus bukannya menentang Dia. Sebenarnya, sebahagian besar Perjanjian Baru ditulis oleh Paulus (sebelumnya digelar Saulus). Ini termasuk banyak surat yang ditulisnya kepada gereja-gereja yang baru untuk memastikan mereka menerima berita yang betul tentang Yesus.

Paulus ialah seorang lelaki yang berani sejak mulanya, tetapi—dalam sesetengah situasi ia mungkin keterlaluan. Walaupun ia menulis tentang perkara dalaman yang praktikal tentang cara mengasihi satu sama lain dengan baik (lihat Roma 12 dan 1 Korintus 13), ia jugalah manusia biasa. Ada kalanya ia perlu menegur orang, tetapi dalam sesetengah keadaan, ia mungkin terlalu keras? Paulus menulis dalam Galatia tentang konfrontasi dengan Petrus (yang kita baca pada hari 1). Ingat bagaimana Petrus merepek? Bayangkan Paulus dan Petrus berbual-bual! Kita juga membaca dalam Kisah Rasul-rasul bahawa Paulus dan Barnabas bertengkar dengan sengit sama ada seorang lelaki—Yohanes Markus—harus menyertai perjalanan mereka (ia ialah sepupu Barnabas, tetapi ia telah meninggalkan mereka semasa perjalanan sebelumnya) sehinggakan mereka berpisah! Paulus mendapat seorang rakan yang baru (Silas) dan Barnabas membawa Yohanes Markus ke tempat yang lain.

Kita mungkin "terlalu berani" dan lupa menjaga perasaan orang di sekeliling kita, tetapi itu bukanlah keberanian yang patut diamalkan. Seperti yang ditulis oleh Paulus, Allah belum siap dengan kita lagi; masih ada kerja yang perlu dilakukan. Allah akan menggunakan apa yang kita rela serahkan kepada-Nya; Dia akan membetulkan kita dengan lembut dan memimpin kita apabila kita rela mendengar-Nya. Itu adalah benar tentang orang di sekeliling kita juga. Apabila anda tidak bersetuju dengan orang lain dan keadaan tidak berjalan lancar, itu mungkin bukan kesudahannya—tiada orang yang tidak dapat diselamatkan—dan Paulus mengetahuinya secara langsung. Namun, ia tidak mahu lagi ambil tahu tentang Yohanes Markus—hampir-hampir. Dalam suratnya kepada gereja di Kolose, sebenarnya Paulus merujuk kepada arahan yang diberikannya kepada mereka agar menyambut tidak lain dan tidak bukan Yohanes Markus, orang yang tidak disenangi olehnya dahulu!

Semasa anda mengakhiri tujuh hari ini, anda mungkin memahami keberanian dalam cara yang baru. Keberanian tidak perlu besar-besaran dan dihebahkan untuk dilihat oleh semua orang; keberanian mungkin tidak sekuat atau menjengkelkan seperti yang anda fikirkan; keberanian pastinya tidak diukur berdasarkan kekurangan rasa takut, tetapi berdasarkan tindakan meskipun takut, dan paling penting, keberanian cumalah tindakan membawa apa jua yang anda miliki kepada Yesus dan mempercayai Dia dengan hasilnya.

Soalan Renungan/Perbincangan:

1. Pernahkah anda "terlalu berani" dan merosakkan hubungan? Apakah satu cara keberanian boleh memulihkan hubungan tersebut?

2. Siapakah daripada kajian ini yang dapat anda kaitkan dengan diri anda? Mengapa?

3. Apakah satu langkah yang anda boleh ambil pada minggu seterusnya untuk berjalan ke arah keberanian?

Hari 6

Perihal Pelan

Bolder: A Look at the Audacious Faith of Imperfect People

Keberanian tidak perlu besar-besaran dan dihebahkan untuk dilihat oleh semua orang; keberanian cumalah tindakan membawa apa jua yang anda miliki kepada Yesus dan mempercayai Dia dengan hasilnya. Sertailah kami untuk pengembaraan tujuh hari ini untuk membincangkan iman berani orang yang tidak sempurna.

More

Kami berterima kasih kepada Berea kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://berea.org